Petang ni masak sotong sumbat sweet n sour.....
Beberapa ekor sotong...buang dakwat,belah sikit bhg ekor utk buang pasir2 yg ada dlm badan sotong tu, bersihkan dan toskan.
Bahan utk sumbat :
Sedikit udang kertas buang kulit bersihkan
1 bawang besar di potong dadu
2 biji telor
Lada merah dan lada hijau di hiris
Daun bawang dan daun sop dihiris
minyak utk menumis.
sedikit garam
Cara :
2.Masukkan garam secukup rasa,masukkan lada dan gaul rata.
3.Masukkan telor biar seketika..dah agak masak gaul rata.
4.Akhir sekali masukkan daun sop dan bawang...masak seketika.
Bahan Tumis :
1 bawang besar di hiris halus
2biji bawang putih di cincang
2sb cili kisar
5sb sos tomato
4sb sos cili
sedikit brown sugar.
Cara :
1.Sumbatkan inti kedalam sotong,masukkan kepala sotong dan cucuk dgn lidi buluh.Ketepikan dulu.
2.Panaskan minyak,tumis bawang putih dan merah hingga layu,masukkan cili,masak hingga garing sedikit.
3.Masukkan sos cili dan sos tomato gaul rata dan masukkan sotong.
4.Masukkan gula,masak hingga sotong masak dan kuah agak kering
5.Angkat sotong letak dlm pinggan dan kelar2kan dan tabur daun bawang.
No comments:
Post a Comment