Dua cucu mt ni kalau makan roti...mesti berlubang..kulit dia tak mahu....sayang dari terbuang mt kumpulkan buat bingka....resipi dari Home Sweet Home...ada beberapa bahan mt tak ikut sbb tak ada dalam dapor....apapun rasanya maintain sedap...atau dlm lain perkataan lagi garing lagi sedap!
mt guna loyang 7"x7"
Bahan :
1/2 buku roti gardenia (separuh dlm plastik yg pendek/mt guna kulit dan campur sebahagian roti)
3caw santan
3biji telor
1caw gula
garam (mt tak letak)
sedikit esen vanilla
kismis
1 tin jagung krim (mt guna jagung kernel sbb tu aja yg ada dlm simpanan)
mentega
Cara :
1.Masukkan roti dlm mangkok besar.Mt siat2kan
2.Dalam mangkok lain pukul telor,santan dan gula hingga gula larut dan tapiskan ke dalam roti tadi
3.Masukkan jagung dan kismis.Mt ramas2kan sedikit
4.Tuang dlm loyang yg telah disapu mentega.
5.Cubit2kan mentega dan tabur atas permukaan adunan roti.
6.Bakar hingga masak dan garing.
No comments:
Post a Comment