Galery mt

Galery mt

Sunday, November 30, 2014

Daging Masak Hitam

Dah banyak kali buat....baru ni ada masa snap dan upload gambar....kat blog yatiememoris pun ada..ni versi mt....

1 kilo daging

Bahan Tumis :
4 batang serai di ketuk
2 tangkai daun kari di lurut
Kayu manis
Cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga

Bahan kisar :

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1in halia

2sb cili kisar - nak pedas boleh tambah

4sb kicap pekat
1st serbuk jintan putih
1st serbuk jintan manis
1st serbuk ketumbar
stok daging maggi
cili merah dan hijau
sedikit air asam jawa

Cara :
1.Panaskan minyak,tumis bahan tumis hingga wangi.
2.Masukkan bahan kisar..masak hingga terbit minyak dan masukkan cili kisar masak lagi hingga terbit minyak.
3.Masukkan daging...kacau rata dan masukkan air asam jawa masak hingga daging empuk..kalau belum empok masuukan air lagi
4.Masukkan kicap pekat,stok daging serbuk ketumbar serta serbuk jintan manis dan jintan putih.
5.Rasakan garam gula....mt tak masuk garam cuma tambah sikit gula.
6.Masukkan cili merah dan hijau..masak hingga agak kering.

No comments:

Post a Comment