A)
6 ulas bawang merah
4ulas bawang putih
30gm udang kering,cuci,toskan,sangai dan tumbuk halus (mt blend aje lg senang)
minyak untuk menumis
Bawang2 di blend halus.
B)
400gm keladi di potong kuib,timbang dan basuh dgn air garam dan toskan
C)
2st garam
1tbsp gula
1tsp lada sulah
800ml air
280gm tepung beras
2tbsp tepung ubi
2tbsp tepung jagung
1200ml air
Satukan bahan D gaul rata.Tapis dalam periok
Cara :
1.Tumis bawang2 hingga wangi masukkan udang kering.Gaul rata.
2.Masukkan keladi..goreng sebentar.
3Masukkan air..masak hingga keladi empuk dan agak kering sedikit.Matikan api
4.Masak Bahan D atas api...agak2 hampir pekat masukkan keladi..masak lagi hingga pekat dan meletop2.
5.Tuang kedalam loyang dan kukus selama 30minit.
Bahan hiasan. :
Daun bawang
Daun sop
Cili merah
Sedikit udang kering di basuh,toskan,tumbuk dan di goreng sekejap.
Apabila masak taburkan bahan2 hiasan dimakan bersama sauce hitam dan sos merah
Sauce Hitam :
50gm taucu
45gm gula
120ml air
1/2tsp kicap pekat
1/2 tbsp tepung jagung utk pekatkansos
Blend semua bahan kecuali tpg jagung.Masak atas api dan masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkannya.
Sauce Merah :
4biji bawang merah
3biji bawang putih
20gm udang kering direndam,basuh dan tumbuk
15gm belacan dibakar dan di tumbuk
1tbsp gula
1tb air asam jawa
6tbsp cili kisar
1/2 mangkok air
Cara :
Tumis bawang2 hingga wangi,masukkan cili,nasak sebentar dan masukkan bahan2 lain..masak hingga agak pekat.Rasa gula kalau kurang boleh tambah.
Sumber : Chef Asma
No comments:
Post a Comment