Kotaknya boleh dimakan ya.... |
Galery mt

MUAT NAIK GAMBAR & MENULIS RESIPI YG TELAH DI CUBA UTK RUJUKAN ANAK-ANAK MAK TOK ATAU SESIAPA SAJA YG TERJUMPA BLOG INI...
Thursday, March 31, 2011
Kotak Coklat Hantaran
Boleh dijadikan hantaran atau hadiah...pilihan cokklat mengikut kegemaran masing2...Kotak coklat ni aku dah hadiahkan pada Roslina.... |
Tuesday, March 29, 2011
Apam Pelangi
Tuesday, March 22, 2011
Sunday, March 20, 2011
Getas-Getas
Tak ingat dimana makan kuih ni...samada rumah mak cik2 atau rumah atok...sbb arwah mak tak pernah buat kuih ni....ni kuih zaman dulu2...dulu2 makanan tak banyak mcm sekarang ni...sbb tu bila makan ingat sampai hari ni.Last makan tahun lepas di rumah Oked..masa tu belum sempat sira dgn gula pun sedap...yg terbaru sewaktu berada di Puncak Bandung....
Bahan :
500gm tepung pulut
1biji kelapa parut putih
2tsp garam
2caw air
Minyak untuk mengoreng.
Sira Gula :
1/2 caw gula pasir
1/2 caw air
Cara :
Satukan semua bahan,masukkakn air sikit sikit...uli lembut bentukkan bentuk oval dan goreng.Jika nak warna kan pun ok.Sira dgn air gula.
Saturday, March 19, 2011
Talam...
Ada yang menempah talam ni minta potongkan....boleh potong 81 keping atau 64 keping....terpulang tapi mt suka potong 81 (hotel style)...cantik dan comel...
Wednesday, March 16, 2011
Talam Ubi Kayu
Tuesday, March 15, 2011
Puding Hantaran Fruit Cocktail
Sunday, March 13, 2011
Puding Pelangi Marble
Bahan :
26gm agar2
1350ml air
450gm gula pasir
130gm mentega
7 biji telor (M)
1 tin susu cair
2tbsp tepung kastard
2tbsp serbok koko
1st vanilla
pewarna,merah dan kuning
Cara :
1.Satukan telor,tepung kastard dan susu cair.Kacau rata dan tapis.Ketepikan
2.Masak agar2,air dan gula pasir hingga mendidih,
3.Masukkan adunan telor,vanilla dan mentega,masak lagi hingga mendidih.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Satu warnakan merah,kuning dan satu lagi masukkakn serbok koko.
5.Basahkan loyang size 9inx9in.Sengetkan loyang dibahagian bucu.Tuang adunan berselang seli hingga habis.
6.Letakkan loyang seperti biasa perlahan2 agar adunan tidak berbaur.
Thursday, March 10, 2011
Wednesday, March 9, 2011
Siakap Masam Manis dan Tomato Tumis Cili
Semalam nampak posting Sambal Tomato dlm FB Mak Oked......ishhh tak boleh tahan....hari ni cari2 tomato muda...dapat yg dah tak muda....bolehlah...janji dapat buat dan makan.....yummm....sedap bangat..
Tuesday, March 8, 2011
Pulut Kuning dan Rendang Daging
Pulut kuning dan rendang daging sempena menyambut kelahiran Qaisara 2 tahun pada 21/11/2010 yg lalu...Pulut kuning dan rendang daging ni kegemaran anak yg bongsu....
Pulut Kuning - di rendam dengan serbuk kunyit dan asam keping semalaman. Keesokan hari cuci pulut dan kukus bersama daun pandan dan santan cair selama 1/2 jam.Campurkan santan pekat dengan garam dan sedikit gula pasir,kacau hingga larut dan tuang atas pulut dan gaul rata.Kukus semula selama 1/2 jam.
Rendang Daging :
1 kilo daging
1caw cili kisar
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Sikit cili padi kisar
Lengkuas kisar
Serai di titik
Santan
Kerisik
Daun kunyit di hiris
Daun limau purut
Garam dan gula
Cara :
1.Masukkan semua bahan kedalam kuali kecuali kerisik,daun limau purut dan daun kunyit.
2.Masak hingga daging empok,masukkan kerisik,kacau rata.Masak lagi hingga agak kering masukkan daun limau purut dan rasa garam dan gula (mtq guna gula melaka)....masak hingga pekat dan masukkan daun kunyit yg telah di hiris tadi.
Monday, March 7, 2011
Talam Berlauk
Adunan Tepung :
230gm tepung beras cap gajah
60gm tepung jagung
2sk gula
garam secukup rasa (i used 1/2 sk)
1/2sk serbuk lada sulah
1100ml santan (i used 400ml santan kotak dicampur air)
Bahan Lauk :
300gm daging cincang
180gm isi ayam atau daging cincang(i used daging beli dah siap)
1 hiris halia di tumbuk
2 ulas bawang putih di tumbuk
1 sk lada sulah
1/2 caw udang kering,di rendam,basuh dan tumbuk kasar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Tabur :
2 caw bawang goreng
8 tangkai daun sop dan daun bawang ( dihiris)
3 btg lada merah di hiris
Cara :
1.Panaskan minyak tumis bawang,hlia hingga wangi, masukkan daging,kacau sebentar,masukkan udang kering,serbuk lada putih dan 1/2 dari bahan tabur...rasa garam dan masak hingga kering.
2.Satukan semua adunan tepung,tapis damn masak dlm periok hingga sederhana pekat.Masukkan 1/2 dari lauk dan kacau rata.
3.Tuang adunan dlm loyang bersaiz 10in x 10in yg telah di lapik plastik.Tabur diatasnya baki lauk dan baki bahan tabur rata-rata.tekan sikit.
4.Kukus selama 25min
5.Pastikan betul2 sejuk baru di potong.
Apam Beras
Subscribe to:
Posts (Atom)