Galery mt

Galery mt

Thursday, June 30, 2011

Biskut Hantaran

Biskut hantaran ni di pelajari beberapa tahun dahulu dengan Chef Nor Pishah di Bandar Sri Permaisuri,Kuala Lumpur.....masa mula2 buat dulu memang terkial2....nak membentukkan buah2 tersebut mmg perlu latihan  berkali2.....baru menjadi...mula2 buat dulu...manggis mcm bola je......nak buat dan membentuk satu hal...nak mewarna satu hal....tapi untuk majlis putri kedua ni...mtq gagahkan jugalah....bila lagi nak buatkan.?..

Bahan Yang Perlu di Sediakan :

Inti Nenas/Kacang Tumbuk
Kuning telor
Susu Cair (i used brand ideal Milk)
Putih telor
Pelbagai pewarna

Bahan untuk Biskut:

140gm mentega
1biji kuning telor
80gm gula kastor
190gm tepung gandum

Cara :

1.Gaul semua bahan biskut dan gaul rata hingga menjadi seketul doh yang lembut
2.Bentuk berbagai jenis buah-buahan dengan doh tadi....strawberry.Cili hijau,Jambu,Jagung,Belimbing,Manggis,Carrot,Labu...apa2 sajelah....(yang ni kena cuba berkali2 baru jadi)
3.Selepas di bentuk buah dan tangkainya sekali,bakar  guna api bawah sahaja tanpa kipas. dalam oven dan sejukkan.
4.Warnakan buah2 tersebut dan biar kering
5.Sesudah warna kering,barulah disapu dengan putih telor

Nota : untuk mewarna....Campurkan 1 biji kuning telor dicampur dengan 2tsp susu cair dan dicampurkan pewarna yg dikehendaki...

2 comments:

  1. askum..akak biskut hantaran nie tuk djual k?
    jual cam na yea?

    ReplyDelete
  2. akak tak jual yg ni...ni buat khusus untuk majlis angah...lecehlah nak buatnya...

    ReplyDelete