Dah lama nak masak asam pedas daging tetel ni...pernah makan di rumah Pn Rahimah yg duduk di Bkt Kemuning...sedap dia masak...tiba2 mtq rasa sebak kerana teringat last pergi rumah dia dgn Kak Hjh Rohana dan arwah Hjh Siti Norhafizah teman baik mtq yg meninggal di Mekah semasa mengerjakan umrah tahun 2010..rindu teramat...ALFatihah ....
1kg daging tetel...cincang dan rebus
1st jintan manis
1st jintan putih
1st ketumbar
3btg serai di ketuk
3 helai daun limau purut
3sm kerisik (mtq tak letak sbb tak ada kat dapur)
6 ulas baw merah
3 ulas baw putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkuas
1 1/2 caw cili kisar
sebesar ibu jari belacan
Asam jawa
Garam
1.Kisar semua bahan diatas,campurkan dgn cili kisar,tumis dengan minyak bersama serai hingga naik bau.Masukkan daging kacau rata,
2.Masukkan daun limau purut dan kerisik dan masukkan lebihan air daging jika ada dan air asam jawa,
3.Biar mendidih,masukkan garam secukup rasa.
No comments:
Post a Comment