Galery mt

Galery mt

Thursday, November 13, 2014

Karipap Rangup


Resipi dari yatiememories dah dua kali buat...baru hari ni dapat snap gambar.Inti dah siap semalam so senanglah sikit....hanya tinggal bancuh doh aje.Sebahagian di goreng sebahagian lagi mt bakar sekejap dalam oven...sejukkan dan packing untuk disimpan sejuk beku dlm peti ais.

Bahan doh :
500gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
1sb gula
1st garam
3sb majerin *
1/4caw minyak masak* (* dipanaskan)
1caw air.

Cara :
1.Satukan semua bahan kering dan gaul rata.
2.Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
3.Tuangkan air sikit2 sehingga membentuk doh
4.Bahagikan kepada beberapa doh kecil dan leperkan dan masukkan inti dan klimkan tepinya.
5.Goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.

Bahan Inti :
8biji kentang dikupas kulit dan di potong dadu
1 dada ayam atau daging di potong kecil (mt guna daging kisar yg dah siap)
3sb rempah kari
1sudu serbuk cili/cili kisar
1 baw besar di potong dadu
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :
1 bawang besar
2 ulas baw putih
1in halia

Cara :
1.Rebus ubi kentang yg tlh di potong dadu separuh masak.Angkat dan toskan
2.Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang besar dadu dan daun kari hingga layu.Masukkan bahan kisar kacau sebati hingga wangi dan garing.
3.Masukkan cili di ikuti rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air...masak hingga sedikit garing..
4.Masukan daging...jika agak kering masukkan sedikit air.Masak hingga daging masak dan akhir sekali masukkanmkentang.
5.Masak seketika dan rasakan garam dan gula.

Wednesday, November 12, 2014

Pisang Tandok Goreng

Kononnya nak buat karipap untuk minum petang ni....tapi at dah beli pisang tandok...so simpan ajelah dulu inti karipap tu....Dah 3 hari dia cuti...badan dia tak berapa sihat.Kalau dia ada dirumah pasti kena buat sesutau untuk minum petang......Tepung goreng pisang mt mmg cukup sempoi tapi garing...tapi klu pisang dah lembik...tak guna pun tepung garing..lembik juga akhirnya....resipi ni Kak Lin biras mt yg bagi,,,,cube lah...

1caw tepung gandum
1/2 caw tepung beras
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1sb minyak masak
Air secukupnya.

Cara :
1,Satukan semua bahan,kecuali minyak.Tuang air sedikit2dan kacau dgn whisk.
2.Akhir sekali masukkan minyak.Kacau rata.
3.Celup pisang dan goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.

Tuesday, November 11, 2014

Bingka Roti


Dua cucu mt ni kalau makan roti...mesti berlubang..kulit dia tak mahu....sayang dari terbuang mt kumpulkan buat bingka....resipi dari Home Sweet Home...ada beberapa bahan mt tak ikut sbb tak ada dalam dapor....apapun rasanya maintain sedap...atau dlm lain perkataan lagi garing lagi sedap!

mt guna loyang 7"x7"

Bahan :

1/2 buku roti gardenia (separuh dlm plastik yg pendek/mt guna kulit dan campur sebahagian roti)
3caw santan
3biji telor
1caw gula
garam (mt tak letak)
sedikit esen vanilla
kismis
1 tin jagung krim (mt guna jagung kernel sbb tu aja yg ada dlm simpanan)
mentega

Cara :
1.Masukkan roti dlm mangkok besar.Mt siat2kan
2.Dalam mangkok lain pukul telor,santan  dan gula hingga gula larut dan tapiskan ke dalam roti tadi
3.Masukkan jagung dan kismis.Mt ramas2kan sedikit
4.Tuang dlm loyang yg telah disapu mentega.
5.Cubit2kan mentega dan tabur atas permukaan adunan roti.
6.Bakar hingga masak dan garing.

Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah yg dimakan bersama nasi lemak..serai..daun kari ..senang nak dapat sebab mt tanam dalam pasu...tak payah start enjin kereta hihi...tapi habis diet kata kawan mt....huhu

1/2 ekor ayam saiz sederhan, di potong kecil,cuci dan toskan
1/2in halia
4ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai di potong2
1sb kunyit basah (mt beli kat pasar ...dah siap campur garam..klu tak ada kunyit serbuk atau kunyit hidup)
sedikit rempah kari
sedikit cili kisar
daun kari
garam secukup rasa
sedikit tepung jagung
minyak untuk menggoreng

Cara :
1.Blend bawang halia,kunyit.serai...gaul bersama ayam serta bahan lain.Perap sekejap
2.Goreng dan toskan minyak.

Nasi Lemak

Hari ni terajin buat nasi lemak,sambal dan ayam goreng berempah selalunya breakfast simple aje dgn cucu...kalau part masak lauk pauk ni mt main campak2 dan guna  aje bahan2 yg ada di dapur...tapi anak2 mesti minta resipi macam mana nak buat.....katanya lain orang lain cara tapi mereka nak resipi mt juga....

Beras di cuci bersih
Santan segar secukupnya
Garam secukup rasa
Gula sedikit saja utk menjadikan nasi lemak tu sedap
Beberapa hiris halia
Daun pandan

Cara :
1.Masukkan santan kedalam beras yg dah dicuci bersih.Paras santan lbh kurang macam masak nasi biasa.
2.Masuukan garam dan gula serta halia gaul rata.Tutup periok dan tekan cook
3.Apabila mendidih masukkan daun pandan dan tutup semula.Biar sampai masak.

Mt mmg suka masuk daun pandan apabila nasi tu tengah mendidih....bau pandan tu boleh satu rumah terbangun.....

Monday, November 10, 2014

Talam Keladi


Hari ni ambil alih tugas along buat kuih...sbb yg menempah nak jam 3ptg ni..along kerja....so mt kena buatkan.....mt pun dah lama tak buat talam keladi ni....suka warna ungu  tu dan rasa keladinya....tempahan kuih muih ni skrg along yabg ambil alih...mt cuma tolong buatkan bila keadaan terdesak aje....
Sumber : Chef Asma

Lapisan bawah :

(A)
220gm tepong beras
40gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat
700ml air

(B)
300gm keladi yg telah potong kuib,cuci dgn air garam basuh dan toskan serat kukus selama 5 minit..ketepikan.

Cara :
1.Satukan bahan A,gaul rata dan tapis kedalam periok.
2.Masak hingga naik wap.
3.Masukkan keladi kacau rata
4.Tuang kedalam loyang dan kukus selama 35min

Lapisan Atas :
150gm tepung gandum
250gm gula castor
3 biji telor
200 ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna unggu

Cara :
1.Satukan semua bahan dan tapis kedalam periok.
2.Masak hingga naik wap dan tuang kelapisankeladi.
3.Kukus selama 30minit.

Sunday, November 9, 2014

Talam Sago Banjar



Lapisan di tengah macam Talam tokyo....atau macam talam Sri Sarawak...tapi rasa tetap berlainan dgn rupa yg sangat molek...hihi
Sumber : Chef Asma

Lapisan Bawah :

45gm tepung ubi
45gm tepung hoen kwe
75gm tepung beras
75gm gula pasir
220ml santan pekat
1/4tsp garam
150gm gula merah di campur dgn 380ml air - masak atas api hingga gula larut,sejukkan

Cara:
1.Satukan semua bahan diatas dan tapis kedalam periok.
2.Masak hinga naik wap dantuang kedalam loyang.Kukus selama 25minit

Lapisan Tengah :

200gm sago kecil di cuci dan direndam dgn air separas sagi selama 30minit.
50gm kelapa parut putih\1tsp garam
60ml santan pekat
200ml air

Cara :

1.Satukan bahan lapisan tengah.Gaul rata/
2.Cakar permukaan lapisan bawah dan tuang adunan lapisan tengah.
3.Kukus selama 20minit

Lapisan Atas :

190gm gula kastor
75gm tepung kastard
300ml santan pekat
300ml air daun pandan
3biji telor
1/2tsp garam
pewarna hijau

Cara;
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.
2.Tapis kedalam periok dan masak hingga naik wap
3.Tuang atas lapisan tengah.
4.Kukus selama 30 minit