Semalam,malam tadi dan hari ni sibuk teramat sangat...tapi Alhamdullilah semuanya beres..dan pagi ni pula sibuk menyiapkan menu untuk barbeque mlm nanti...tema WESTERN!...diantara menunya ialah lasagnea...anak2 tengok terus kata senang....dan mt lagi senang...next time...mt dah boleh relax...
Sebelum buat lasagnea...sediakan dulu Filling dan bechamel sos/white sos...banyak resipi..n style...kat sini mt
buat resipi yg paling simple...resipi dari anak saudara yg pernah belajar di sekolah vokasional...jommm...
White Sauce/Bechamel (sos putih) :
100gm majerin/butter
100gm tepung gandum
1liter susu UHT
1biji bawang besar holland
1biji cengkih
garam dan lada sulah
Cara :
1.Cucuk jengkih pada bawang besar(picque)
2.Cairkan butter dlm periok,masukkan tepung gandum,masak sebentar tanpa memerangkannya.matikan api dan sejukkannya,Adunan ini di panggil "roux"...kita sebut "ru"...ini adalah agen pemekat.
3.Panaskan susu dan masukkan "picque" tadi (angah cakap ni jampi)..kacau hingga licin dan pekat.,,rasakan garam dan lada sulah.
4.Buangkan picque tdi dan tapis.Titiskan permukaan sos tadi dengan butter bgi mengelakkan sos berkulit.
Filling :
3sb olive oil
4ulas bawang putih dicincang
3biji bawang besar potong kuib
400gm minced meat(ayam pun boleh)
2tbsp oregano kering
1/2 tin tomato puree
1botol sos spaghetti
1 daun bay leaf
sedikit sos cili.garam dan lada sulah(kdg2 mt adjust rasa ikut tekak malaysia)
Cara :
1.Panaskan minyak,masukkan bayleaf,bwang putih...tumis hingga naik bau.
2.Masukkan bawang besar,kacau rata dan masukkan minced meat dan tomato puree...kacau rata biarkan sebentar.
3.Masukkan bahan2 lain..klu minced belum masak...tambah air dan biar dia pekat rasakan garam dan lada sulah.
Bahan lain :
Beberapa keping instant lasagnea
100gm pasta bentuk siput. (celurkan dan toskan)
Parmesan cheese
Mozzarella cheese
Cara :
1.Susun lasagnea dlm bekas,letakkan filling,susun lasagnea lagi,letakkan sos putih diatasnya,tabuskan pasta siput,taburkan kedua jenis cheese....ulang hingga habis..lapisan terakhir ialah sos putih di tabur pasta siput dan di tabur cheese.
2.bakar pada suhu 160c selama 25 minit atau sehingga masak
No comments:
Post a Comment