Selalu tak sempat nak ambil gambar...ni pun dah tinggal secoit je....
Bahan untuk Pastri :
250gm tepung gandum
100gm gula halus
125gm majerin/butter
1 biji kuning telor
Majerin di pukul hingga gebu.
Masukkan kuning telor dan tepung.
Gaul rata sehingga jadi doh yg lembut.
Rehatkan doh sekejap.
Filling Apple :
5 biji epal hijau di buang kulit dan di potong tebal
90gm gula perang
1sb gula halus
50gm kismis
1/2sb tepung jagung
1/2biji jus lemon
secubit kayu manis
Masukkan semua bahan dlm periok kecuali tepung jagung.
Masak hingga apple lembut.
Larutkan tpg jagung dgn 1sb air...masukkan kedalam apple tadi.
Masak hingga pekat dan padam api.
Untuk Glis :
1biji telor
1sb susu
Dipukul sedikit untuk disapu diata doh
Canai pastri setebal 5mm.Letakkan atas tin pai dan tekan rata dasar dan tepi.
Sudukan filling dan tutup dgn lebihan pastri atau buat anyaman.sapu dgn glis
Bakar hingga masak
No comments:
Post a Comment