Galery mt

Galery mt

Friday, December 23, 2011

Sos Buat Sendiri....


Sos didlm gambar tu adalah tartare sauce,black pepper sauce,thousand island sauce,tomato sauce dan cili sos....mt nak kongsi sos buat sendiri....manatahu ada yg nak berbisniz sos.....

Sos Tomato :
10gm majerin
5ulas bawang putih
10gm tepung gandum
375ml  stok
25gm tomato puree
garam,lada sulah

Untuk buat Mirepoix (kita sebut merapu)
10gm beef scraps
50gm bawang besar
50gm karet
25gm celery
1 bay leaf
sedikit thyme

Cara :
1.Cairkan majerin dan masukan bahan2 mirepoix dan perangkan sedikit
2.Campurkan tepung gaul rata hingga jd seakan berpasir
3.Masukkan tomato puree.
4.Masukkan stok yg mendidih kedalamnya...dan masukkan bahan2 lain..masak lagi hingga mendidih dan pekat.
5.masukkan bawang putih dan rasakan garam dan lada sulah...
6.Tapis...siap dah...

Sos Tartare :

250ml mayonis
25gm capers     *
50gm gherkins   *
setangkai pasli    *

* cincang halus

Campurkan semua bahan diatas dan kacau rata...sedap dimakan dgn ikan goreng atau kentang goreng

Sos Pudina :

2 - 3 sb daun pudina
1sb gula halus
125ml cuka

Cincang daun pudina dan campur dgn gula halus.Masukkan cuka dan kacau rata.Kalau rasa cuka tu agak tajam...dgn sedikit air. Sedap dimakan dgn kambing bakar. atau resipi chiken tandori..

Black Pepper Sauce : (...sorry masa buat tak sempat timbang...akan datang mt akan masukkan)

No comments:

Post a Comment