Galery mt

MUAT NAIK GAMBAR & MENULIS RESIPI YG TELAH DI CUBA UTK RUJUKAN ANAK-ANAK MAK TOK ATAU SESIAPA SAJA YG TERJUMPA BLOG INI...
Wednesday, April 27, 2011
Thursday, April 21, 2011
Apam Polkadot
Cucu mt "Q" yg rajin mengacau....
Cantik dan sedap....didalamnya boleh letak filling strawberry atau blueberry....sesuai sangat untuk dihidangkan pada kanak2.....semalam buat satu adunan instead dpt 50 biji klu guna M size papercup tapi cuma dapat 24 biji je....biasalah Q dah ambil separuh adunan tu.....resipi ada kat Sini
Wednesday, April 20, 2011
Monday, April 18, 2011
Resipi Rendang Itik....
Ini antara menu wajib yg arwah my mum akan buat bila tiba hari raya,tetapi gunakan daging..Selepas berkahwin mak ikut abah bertugas di N9...kesemua adik beradik di besarkan di N9 sebelum berpindah ke Singapura,Kulai,Johor Bahru,Temerloh dan Batu Pahat...kecuali dua yg terakhir mmg brand Johor Darul Takzim.Rendang Daging N9 style ni adalah kegemaran mtq tapi atq tak berapa suka...tu yg jarang buat....Ni resipi permintaan dari anak saudara yg duduk di Putra Jaya sana...agak2 jelah ye...sbb semalam buat tak sukat.....
1kilo daging
Cili padi (nak peda letak banyak)
4biji bawang putih
10biji bawang merah
1in halia
1in kunyit
1in lengkuas
6btg serai di ketuk
daun kunyit dihiris(optional...resipi asal arwah mak tak ada)
asam keping
Santan
garam dan gula secukup rasa
3/4 caw kerisik
Sunday, April 17, 2011
Rendang Itik Cili Padi
Hari ni baru sempat masak itik yg diberi oleh Hjh Sumiati hari tu...pertama kali tengok daging itik...wow besar...mtq potong kecik2.Mtq nak masak rendang cili padi style N9...wow sedap rupanya daging itik ni...kenapalah selama ni tak makan.....ugh...ugh...Lauk diatas tu jadi banyak diberi oleh jiran2 sebelah kanan dan kiri...wahhh rezeki Alhamdullilah.....
Puding Hantaran Buah Peach
Hari ni tak ada apa program...lepas masak untuk makan tengahahri,mt mulakan projek puding hantaran..tada...tu hasilnya diatas....cantik untuk dibuat hantaran pertunangan,perkahwinan atau untuk makan beradap di meja pengantin.....
Tuesday, April 12, 2011
Talam Ubi Kayu (GM)
Monday, April 11, 2011
Saturday, April 9, 2011
Lapis Pelangi
Bahan (A) : 300gm tepung beras
150gm tepung gandum
150gm tepung ubi
600ml santan pekat
600ml air
1tsp garam
Bahan (B) : 420gm gula castor
300ml santan pekat
400ml air
2 helai daun pandan
Cara :
1.Masak (B) hingga mendidih dan sejukkan.
2.Satukan (B) dan (A) kacau rata dan tapis
3.Bahagi adunan kepada 2 bahagian,satu dibiarkan putih dan satu lagi di campurkan dengan esen rose dan pewarna rose amina.
4.Mula melapis warna putih selama 5 min dan diikuti merah...dan seterusnya berselang seli hingga habis.
5.Lapisan akhir warna merah di tambah pewarna agar lebih terang.Kukus selama 25min.
Note: Loyang size 10inx10in dilapik plastik.Kesemua sekali 8 lapis..setiap lapis 300ml.
Selalu makan kuih ni warna merah dan putih,kali ni buat warna warni...lapis merah putih jadi lapis pelangi... |
150gm tepung gandum
150gm tepung ubi
600ml santan pekat
600ml air
1tsp garam
Bahan (B) : 420gm gula castor
300ml santan pekat
400ml air
2 helai daun pandan
Cara :
1.Masak (B) hingga mendidih dan sejukkan.
2.Satukan (B) dan (A) kacau rata dan tapis
3.Bahagi adunan kepada 2 bahagian,satu dibiarkan putih dan satu lagi di campurkan dengan esen rose dan pewarna rose amina.
4.Mula melapis warna putih selama 5 min dan diikuti merah...dan seterusnya berselang seli hingga habis.
5.Lapisan akhir warna merah di tambah pewarna agar lebih terang.Kukus selama 25min.
Note: Loyang size 10inx10in dilapik plastik.Kesemua sekali 8 lapis..setiap lapis 300ml.
Sunday, April 3, 2011
Apam Labu
Ayam Kampung Masak Ungkep
Masakan ni jugak diajar oleh ibu mertua...guna ayam kampung baru sedap...ayam ni datang dari Meru...Hjh Sumiati bawa,kononnya buat pengeras belajar talam hari tu...lain kali akak dtg bawa pulut dan rendang ayam yg siap dimasak je lagi senang.Alhamdullilah dia bawa ayam yg dah siap di potong....kalau tak naya...mtq bukan pandai nak kerjakan ayam.....ni dia resipi arwah....kita kongsi sama2....
1/2 ekor ayam kampung di potong kecil2
2sb cili...nak pedas tambah cili lah tak siapa pun marah
1biji bawang besar (resipi asal guna bawang merah)
2ulas bawang putih
1/2inci halia
1/2in kunyit
2btg serai dititik
2sb ketumbar biji di sangai sekejap
Santan
air asam,garam dan gula..
Subscribe to:
Posts (Atom)