Kawan mt minta buatkan kuih ni utk majlis dia...mt pulak tak pernah buat kuih ni...cuma makan je ada ler...Kawan ni nak juga kuih ni selain kuih2 yg lain...pulak tu nak dalam kuantiti yg banyak...apalagi berdating lah mt dgn MR Google berhari2....tapi masih x puashati...Awal pagi tadi ke pasar cari daun pisang....bahan2 lain semua dah ada dirumah...jom...mt dah ringkaskan resipi agar anak2..adik2..kawan2 mt atau sesiapa yg suka kuih ni boleh cuba..taklah terpinga2...berapa byk boleh dapat..saiznya macam mana...orang dulu2 pakai agak2..mt pulak semua suka bersukat...jom jom
Bahan-bahannya...
250gm sago biji putih (jgn guna yg dah siap warna x sedap)
180gm kelapa parut putih muda (klu x ada kelapa parut putih biasa pun ok tp kurang ump)
1tbsp gula pasir halus
3/4 tsp garam halus
Gula Melaka secukunya (.potong kuib kecil)
Daun pisang secukupnya (lebar 4in../panjang...nanti to be confirm tadi lupa ukur..dilayur diatas api)
Caranya...
1,Cuci sago dua atau tiga kali untuk buang lebihan kanji dan rendam 20 minit (air sama paras sagu...)
2.Kelapa parut..garam dan gula di gaul rata.
3.Masukkan sago yg ditos tadi dan gaul rata sekali lagi
4.Bahagi dua adunan..satu warnakan pink dan satu lagi warnakan hijau...nak bahagi tiga warna pun boleh..tak mahu warna pun boleh
6.Buat kelongsong guna daun pisang...scoop 1tbsp sago warna pink..letak seketul gula melaka dan tekan kenudian scoop 1tbsp + 1tsp sago hijau letak atas sago pink dan tekan.
7.Lipat daun pisang dan staple di hujung.Buat sampai habis
8.Kukus selama 30 minit.
9.Dah sejuk ..gunting sikit bahagian atas utk buang dawai kukut tu..daun pisang tidak akan terbuka (utk elak tertelan dawai kukut tu)
Nota ..gambar membungkus nanti mt sertakan
Dapat lbhkurang 30 ketul abok abok
Didihkan air sebelum mengukus
untuk elakkan warna pink dan hijau berpisah...selepas sccop warna pink..letak seketul gula melaka dan tekan kedalam...dan tekan sekali lagi baru masukkan sagu hijau dan tekan...maksud tekan tu..padatkan..
No comments:
Post a Comment