Galery mt

Galery mt

Friday, February 16, 2018

Kuih Lapis Pelangi

Kuih zaman dulu2..Bau nya sedap..rasapun sedap dan boleh di buka selapis selapis....kena guna santan fresh baru umpp...

Bahan A :

1liter santan segar
800ml air
300gm gula pasir
1 st garam
Daun pandan

Bahan B :

300gm tepung beras
120gm tepong gandum
1tsp esen rose

Bahan C : pewarna yg di sukai

Caranya :

Masak bahan A hingga mendidih.Matikan api dan sejukkan
Tuang ke dalam bahan B.Gaul rata dan masukkan esen dan tapis
Bahagi dua adunan sama banyak
Warnakan ikut kesukaan
Kukus setiap lapis selama 8 minit dan yg terakhir selama 25 minit

Nota :

Loyang 10 in x 10 in alas plastik
Bahagi dua aduan..kalau nak 2 warna satu pink satu warna asal
Kemudian bahagi lagi 3 dari setiap adunan tersebut
Kesemua akan dapat 6 lapisan merah dan putih
Adunan akhir tambah sedikit lg pewarna




2 comments: