Galery mt

Galery mt

Friday, May 20, 2011

Puding Marble


Di dalam peti ais ada lebihan mentega dan susu sejat ideal milk semasa buat tart beberapa hari lepas.Kalau biarkan susu tu pasti dah tak boleh guna....emmm...tengok kiri tengok kanan...wahhh semua bahan ada.... cukup ni kalau buat puding marble....jommm...sejukkan dulu baru sedap di makan...

Bahan :
25gm serbok agar2
1350ml air
450gm gula
100gm mentega
6biji telor
1 tin susu sejat ideal milk
2tbsp tepung kastard
2tbsp serbok koko dicampur dengan 1tbsp air panas,kacau rata.
2tsp esen vanilla
pewarna kuning dan daun pandan

Cara :

1.Masak agar2 bersama gula dan daun pandan hingga mendidih,tutup api dan keluarkan daun pandan.
2.Satukan susu sejat,tepung kastard,dan telor.Masukkan dlm blender,kisar sekejap dan tapis.
3.Masukkan adunan susu tadi kedalam adunan agar2,masak sekejap dan kacau rata.Masukkan mentega dan matikan api.
4.Bahagi adunan kepada dua bahagian.Satu dimasukkan vanilla dan pewarna kuning dan satu lagi masukkan peskoko tadi.
5.Tuang dlm loyang bersaiz 9inx9in yg telah dibasahkan berselang seli hingga habis.
6.Sejukkan bary di potong.

No comments:

Post a Comment