Along kata sedap di mulut dan cair di tekak...sedaplah tu maksudnya...jommm cuba....
1 caw gula pasir
1 caw gula merah
5 caw air
1 1/2 caw tepung gandum
1/2 caw tepung ubi
1/2 caw tepung beras
3sb air kapur
Daun pandan
Loyang atau acuan lom[pang di sapu minyak
Kelapa parut putih bersama garam
Cara :
1.Gunakan dua cawan air untuk masak gula pasir dan gula merah beserta daun pandan hingga larut dan ketepikan dah sejuk tambahkan tiga cawan air lagi.
2.Ayak tepung,,masukkan air gula,air kapur dan gaul rata dan tapis
3.Kacau atas api kecil hinggga agak pekat.
4.Tuang dlm loyang dan kukus 45 minit.
No comments:
Post a Comment