Galery mt

Galery mt

Friday, December 16, 2016

Kuih Permata Zamrud




Cantik rasa pun sedap manis dan lemak di luar..nak buat yg hijau tu yg malasnya sorang2...nasib buat 1 caw tepung pulut ..dapat anggaran 20 biji....inti kelapa banyak lagi..tengoklah besok jadi pau ke..jadi roti ke atau jadi kuih ketayap...
Inti Kelapa..sama mcm buat kuih ketayap atau kuih koci...

1 biji kelapa parut putih
Gula Melaka ikut suka manisnya
Daun Pandan di simpul
Air secukupnya
Masak hingga pekat dah pekat taburkan sedikit tpg gandum gaul rata dan matikan api

Adunan hijau..

1caw tepung pulut
Air daun pandan
sedikit pewarna hijau

Gaul dgn air sikit2 hingga jadi doh...mt timbang 10gm dan masukkan inti
Tuang adunan putih kedalam acuan lompang yg telah disapu minyak dan letak adunan hijau.Kukus selama 10 minit

Adunan Putih..

2 caw santan
1/2 caw tepung beras
2sm tpg jagung
2sm tpg gandum
garam
Satukan semua bahan dan tapis kedalam periok.Masak hingga naik wap.Matikan api


No comments:

Post a Comment