Tuesday, May 1, 2012

Sambal Hitam Belimbing


Sambal Hitam belimbing ni merupakan masakan tradisional Pahang...mt pernah menetap di Temerloh setahun tapi tak ingat samada pernah makan masakan ni....Resipi ni diberi oleh sahabat mt Mr AJ....dan ini percubaan kali kedua....wahhh mmg sedap kena dgn selera kami sekeluarga....sekarang ni pantang jumpa belimbing...lagipun sambal hitam ni boleh disimpan lama dlm peti sejuk....jom kita kongsi resipi ni....

Belimbing
Ikan Bilis
Bawang merah
Bawang holland
Cili padi

Minyak untuk menumis

Cara :
1.Rebus belimbing tanpa air dgn sedikit garam sampai belimbing kecut dan berwarna hitam...Guna bekas yg boleh dipakai buang kerana bekas akan meninggalkan kesan hitam yg susah ditanggal.
2.Ikan bilis di cuci dan separuh di tumbuk halus dan separuh di tumbuk kasar...mt blend semua...
3.Bawang merah di mayang dan di goreng seketika dan angkat.
4.Cili padi di tumbuk atau di kisar kering dan di campurkan bersama belimbing dan ikan bilis.Ketepikan.
5.Mayang bawang holland dan tumis di dlm minyak apabila sudah wangi masukkan no 4...gaul rata...masak seketika dan akhir sekali masukkan bawang goreng no 3 kedlm nya....
6.Masak hingga kering rasakan garam...gula (hati2 sbb belimbing dah masin masa merebus)

Monday, April 30, 2012

Kerabu Epal Hijau

Resipi asal dari my resipi.com...tapi bila mt buat biasanya tengok apa bahan2 yg ada dlm peti sejuk...kadang2 epal mt gantikan dgn mangga,mentimun,tomato atau kacang panjang...nak sedap lagi mt tambah dgn hirisan bunga kantan atau ditabur daun ketumbar...akhir sekali tabur kacang tumbuk kasar bergantung pada selera atau bahan2 yg ada....sedap je....jomm tengok resipi asal...

2 biji epal hijau  
1 batang carot
Cili api dan lada merah ikut suka di potong2
Bawang besar di mayang
Perahan lemon
garam dan gula secukup rasa

Epal dan Carrot di potong memanjang dan gaul dgn bahan diatas..perap seketika....siap untuk dimakan...
Perahan limau boleh diganti dgn cuka makan...lain2 bahan boleh di tokok tambah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...