Galery mt

Galery mt

Saturday, July 20, 2013

Bread Butter Pudding & Vanilla Sauce



Mt sekeluarga mmg suka puding ni...senang di sediakan dan sedap dimakan sejuk.....
Bahan A :
10 keping roti atau secukupnya (tengok saiz bekas/mt guna bekas bulat sbb tu aje yg ada dlm dapur ketika tu)
250gm Butter atau secukupnya
250 Raisin atausecukupnya
Cinamon powder secukupnya..

Bahan B:
1 litre fresh milk (mt guna full cream milk)
200gm gula kastor
10biji telor
1tsp esen vanilla

Cara :
1,Sapu bekas dgn butter (mt guna bekas alumunium yg telah siap jual samada bulat atau empat segi)
2.Sapu roti dgn butter potong dan susun dlm bekas(suka hati nak ambil atau buang kulit roti)
3.Setiap lapisan tabur raisin dan cinamon powder..buat sampai penuh bekas.
4.Pada lapisan akhir nanti tunag filling dari bahan B...dan letak butter diatasnya.
5.Bakar hingga masak dgn cara (STEAMBAKED)
Cara buat filling:

1.Satukan semua bahan B..kacau rata dan tapis.
2.Tuang perlahan2 keatas roti..tunggu samapi filling meresap dan tuang lagi dan terakhir letak butter dan bakar.

VANILLA SAUCE

Bahan A :

1litre fresh milk (mt guna full cream milk)
200 gula castor
1/2 tsp esen vanilla

Bahan B :
40gm custard powder
sedikit air.

Cara :

Panaskan bahan A hingga mendidih,
Masukkan bahan B yg telah dibancuh dgn sedikit air
Masak hingga agak pekat

Note : Steambaked....letak bekas roti dlm loyang yg berisi air dan masukkan loyang tersebut kedalam oven,

No comments:

Post a Comment