Galery mt

Galery mt

Thursday, November 15, 2012

Mee Bandung DM....

Balik BP baru2 ni adik mt buat mee bandung...mt tolong ambil gambar....bukan puji kerana adik yg masak..tp mee bandung hasil masakannya mmg sedap.....jom kita kongsi resipi yg sgt mudah dan sedap ni...

Bahan :
Mee Kuning cuci dan toskan
Sawi
Telor
Tahu di goreng dan di potong
Tomato 

Daun saderi dan daun bawang
Bawang Goreng
Cili hijau jeruk

Air rebusan daging/tulang
Bawang putih dan bawang merah di kisar
2 caw udang kering di rendam cuci dan kisar
21/2 caw kacang tanah yg telah di sangai dan kisar
11/2 caw cili kisar
2in lengkuas di ketuk
Sotong/udang/fish ball
minyak masak
garam dan gula
4sd makan tepung jagung
 
Cara :ar
1.Panaskan minyak,tumis bawang putih, bawang merah kisar dan lengkuas hingga wangi.
2.Masukkan udang kering  kacau sebentar
3.Masukkan cili kering..kacau hingga terbit minyak,masukkan kacang tanah kalau agak kering masukkan sedikit air rebusan tulang..kacau sebentar.
4.Masukkan sotong dan udang..kacau sebentar
5.Masukkan air rebusan tulang masak sampai mendidih dan masukkan tepung jagung yg telah dilarutkan dgn air rebusan.
6.Rasakan garam dan gula.

Nota: Apabila nak makan ambil periok kecil yg lain...masukkan sedikit kuah mee bandung..didihkan sekejap atas api..masukkan mee..sawi dan telor dan tomataHidangkan dlm mangkok/pinggan..tambah isi sotong/udang...taburkan tahu goreng..daun sop dan bawang beserta bawang goreng....




No comments:

Post a Comment