Sambal Hitam belimbing ni merupakan masakan tradisional Pahang...mt pernah menetap di Temerloh setahun tapi tak ingat samada pernah makan masakan ni....Resipi ni diberi oleh kawan mt Mr AJ....dan ini percubaan kali kedua....wahhh mmg sedap kena dgn selera kami sekeluarga....sekarang ni pantang jumpa belimbing...lagipun sambal hitam ni boleh disimpan lama dlm peti sejuk....jom kita kongsi resipi ni....
Belimbing
Ikan Bilis
Bawang merah
Bawang holland
Cili padi
Minyak untuk menumis
Cara :
1.Rebus belimbing tanpa air dgn sedikit garam sampai belimbing kecut dan berwarna hitam...Guna bekas yg boleh dipakai buang kerana bekas akan meninggalkan kesan hitam yg susah ditanggal.
2.Ikan bilis di cuci dan separuh di tumbuk halus dan separuh di tumbuk kasar...mt blend semua...
3.Bawang merah di mayang dan di goreng seketika dan angkat.
4.Cili padi di tumbuk atau di kisar kering dan di campurkan bersama belimbing dan ikan bilis.Ketepikan.
5.Mayang bawang holland dan tumis di dlm minyak apabila sudah wangi masukkan no 4...gaul rata...masak seketika dan akhir sekali masukkan bawang goreng no 3 kedlm nya....
6.Masak hingga kering rasakan garam...gula (hati2 sbb belimbing dah masin masa merebus)

BLACK BEAUTY FROM PAHANG....Walaupun hitam , tetap menyelerakan. Ada pedas , ada masam , ada manis ..... 3 dalam 1 ...
ReplyDeleteA/joe...
Ha ha tukar nama ke BBFP..class gitu!
ReplyDelete