Galery mt

Galery mt

Wednesday, July 20, 2011

Puding Kasih

Puding untuk berbuka puasa petang ni...tapi separuh telah dibawa anak2 ke pejabat......

Bahan A :
10gm agar2 serbuk
300ml air
200ml santan pekat
1/2caw gula
1biji telor

perasa sirap rose/pandan dan lain2 warna

Cara :
1.Masak agar2,air dan gula hingga larut.Sementara itu kocok telor dan santan dan tuang kedalam larutan air gula.Kacau hingga mendidih.
2.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan tuang kedalam acuan rose atau apa2 acuan yg disukai.Sejukkan...dan keluarkan dari acuan.

Bahan B :
10gm agar2 serbuk
500ml air
1/4caw gula
50gm gula melaka  
1helai daun pandan

Cara :
1.Masak semua bahan B hingga mendidih dan tapis.
2.Susun bahan A dlm loyang yg telah dibasahkan dahulu.Tuang bahan B dan sejukkan didalam peti ais.





No comments:

Post a Comment