Mt nak kongsi cara2 buat asas rempah...rempah kormak...rempah kambing beriani serta nasi bukhari....bagaimanapun mt sendiri guna rempah segera dipasaran...kecuali klu nak business rempah....kalau rempah beriani biasanya mt beli di Batu Pahat...dapat ilmu ni beberapa tahun dulu semasa belajar buat berbagai jenis nasi dan rempah asas ni termasuk dlm package kursus.......manatahu ...ada yg teringin nak buat perniagaan rempah....jommmm
40gm ketumbar
20gm jintan putih(halus)
20gm jintan manis(kasar)
20gm kulit kayu manis
10gm bunga lawang
5gm buah pelaga
segenggam kas-kas
Semua bahan-bahan diatas di sangai dah mati api masukkan kas-kas...gaul rata.
Kisar dan ayak.Simpan dlm bekas kedap udara.
Rempah Nasi Bukhari
Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah serbuk cili.....agar nampak merah
tambah sedikit serbuk kunyit...agar berbau kunyit
Rempah Kambing Beriani
Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah serbuk cili (Johor style tiada cili)
tambah serbuk lada sulah
tambah 4 - 5 biji cengkih
contoh :
1kg daging kambing dgn tulang
100gm Asas Rempah/ibu Rempah
Serbuk cili ikut suka
1st lada sulah
2biji cengkih
Rempah Kormak
Asas Rempah/Ibu Rempah
tambah 1 1/2 cawan beras disangai
tambah serbuk lada sulah
Tq cheff
ReplyDeleteTerbaik chef...
ReplyDelete