Galery mt

Galery mt

Thursday, May 11, 2017

Tapai Pulut


Anak2 mt suka makan tapai pulut dgn ice cream vanilla....sedap bangat...



Bahannya..

Dlm gambar mt buat 1k beras pulut susu beli kat Siam hari tu..

1 kilo beras pulut rendam dgn 2 liter air
2 caw air

Nota : Pulut susu..rendam 3 jam
Pulut biasa rendam 6 jam atau semalaman

Cara :...

Toskan pulut
Tuang dlm loyang yg di lapik plastik
Masukkkan 1 caw air gaul rata dan kukus 15 minit
Masukkan 1/2 caw air gaul rata dan kukus lagi selama 15 minit
Masukkan lagi 1/2 caw air gaul rata dan kukus hingga masak
Keluarkan dari pengukus.
Sejukkan

Cara meragi...

1/2 ketul ragi..
1 sb gula pasir ( x letak pun x apa)
sarung tangan plasti
semangkok kecil air bersih

Gesek ragi atas tapai...guna penapis kopi..terbalikkan pulut..gesek lagi ragi merata atas pulut....taburkan sedikit gula jika perlu...celup tangan dlm air ...ambil pulut dgn hujung jari...lerai2kan bagi ragi..gula bergaul rata kesemuanya..buat sampai habis.
Masukkan dlm daun pisang atau apa saja bekas..
Mt masukkan bekas2 dlm gambar tu ke dalam periok dan bungkus dgn kain
Peram selama 2 hari...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...