Galery mt

Galery mt

Friday, May 5, 2017

Kuih KU






Sediakan inti dahulu..

2 caw/400gm kacang hijau (di rendam hingga kembang)
2 caw air
2 caw gula
1 caw kelapa parut putih

Cara...
Toskan kacang.Masukkan kacang dlm rice cooker dan masukkan 2 caw air
Masak mcm masak nasi..bila dah kering masukkan kelapa dan gula dan di kacau rata
Biar "keep warm" hingga kering

Dah sejuk ambil inti seberat 10 gam dan bulatkan.. buat sampai habis..simpan dlm peti sejuk sementara nak siapkan doh pula

Bahan Doh..

500 gm tepung pulut
1 caw santan
2 sb gula
1sk garam
air secukupnya

Cara..
Ayak tepung pulut kedalam mangkok
Satukan santan..garam dan gula serta kacau hingga gula larut.
Tuangkan santan kedalam tepung..gaul rata sambil masukkan air sediki2 hingga jadi doh yg lembut
Ambil doh seberat 20gm ..bulat2kan,Buat sampai habis

Sapu tapak tangan dgn minyak..ambil sebuji doh dan masukkan inti..bulatkan dan lonjongkan sedikit.Masukkan kedalam "net buah" dan pulas
letak atas daun pisang.Buat sampai habis dan kukus selama 10 min

Nota : Dapat menghasilkan kuih angku sebanyak lbhkurang 42 biji



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...