Galery mt

Galery mt

Friday, March 10, 2017

Ayam Masak Bali


Ayam kampung masak Bali ni kesukaan family mt....hari ni masak dua ekor ayam kampung...ayam kampung kan comel je saiznya...

2 ekor ayam kampung..potong ikut suke
 sedikit serbuk kunyit
garam

Gaul rata ayam dengan serbuk kunyit dan garam.Perap sekejap dan goreng 3/4 masak...kalau garing sangat tak sedap..keras mcm batu pulak nanti

5 biji bawang besar
10 biji bawang putih
1 1/2 inci halia

Di kisar halus

6 btg serai di ketuk
4 pelepah daun kari 
2 sb cili kisar..suka pedas boleh tambah (mt letak sikit sebab cucu nak makan)
1/2 caw kicap manis
sedikit gula melaka
1 caw air

Caranya..

Guna minyak lebihan goreng ayam tadi.Tumis serai hingga wangi.Masukkan daun kari tumis sebentar.Masukkan bahan kisar dan cili ..tumis hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan sedikit gula dan masukkan ayam gaul rata.masukkan air.Masak hingg agak pekat.Akhir sekali masukkan kicap.Masak sekejap dan matikan api.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...