Galery mt

Galery mt

Wednesday, December 7, 2016

Serimuka Pandan



Kuih ni sangat femes...tak jemu....rasa lemak..rasa manis dan wangi pendannya ummmpp..Mt buat separuh adunan dgn loyang saiz 7 in x 7in di lapik plastik....

Bahan :

250gm beras pulut..cuci tos kan (ada yg rendam 4 jam..mt x rendam..sebab suka makan ada rasa pulut dan x mampat pulutnya mcm nasi impit)
150ml santan pekat
150ml air
1st garam

Gaul rata semua bahan diatas dan kukus hingga pulut masak.matikan api..gaul rata sekali lagi dan mampatkan ke dlm loyang yg telah di lapik plastik.Tuang adunan lapisan atas dan kukus selama 30min

Lapisan atas :

125gm gula halus
50gm tepung kastard
1sm tepung gandum
2biji telor gred B
200ml air daun pandan
200ml santan pekat
1/4st garam
pewarna jika perlu (mt tak letak)

Satukan semua bahan..gaul rata dan tapis kedalam periok.
Masak hingga naik wap dan tuang atas pulut
Kukus selama 30 minit


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...