Galery mt

Galery mt

Friday, December 16, 2016

Kuih Permata Zamrud




Cantik rasa pun sedap manis dan lemak di luar..nak buat yg hijau tu yg malasnya sorang2...nasib buat 1 caw tepung pulut ..dapat anggaran 20 biji....inti kelapa banyak lagi..tengoklah besok jadi pau ke..jadi roti ke atau jadi kuih ketayap...
Inti Kelapa..sama mcm buat kuih ketayap atau kuih koci...

1 biji kelapa parut putih
Gula Melaka ikut suka manisnya
Daun Pandan di simpul
Air secukupnya
Masak hingga pekat dah pekat taburkan sedikit tpg gandum gaul rata dan matikan api

Adunan hijau..

1caw tepung pulut
Air daun pandan
sedikit pewarna hijau

Gaul dgn air sikit2 hingga jadi doh...mt timbang 10gm dan masukkan inti
Tuang adunan putih kedalam acuan lompang yg telah disapu minyak dan letak adunan hijau.Kukus selama 10 minit dgn api sederhana.

Adunan Putih..

2 caw santan
1/2 caw tepung beras
2sm tpg jagung
2sm tpg gandum
garam
Satukan semua bahan dan tapis kedalam periok.Masak hingga naik wap.Matikan api


Sunday, December 11, 2016

Keria Sira Gula Melaka


 Resipi dari Azlina Ina...gebu mcm donat.. garing di luar.jomm try...

1/2 kg keledek putih direbus dgn sedikit garam hingga empok
Tosksn airnya..semasa masih panas..lenyek.guna pelenyek..klu tak ada ..sah tak pernah buat cekodok pisang atau tak pernah masak kat rumah...dapor buat hiasan mcm dlm majalah...jgn mare..selingan jap....
buang urat2 keledek tu jika ada
Sejukkan

1caw tepung gandum
2 st bsking powder
1sb tepung beras
1/4 caw tpg gandum digunakan semasa membentuk keria (mt tak guna)
1sk gula halus (mt tak letak)

Ayak bersama tpg beras...tpg gandum dan baking powder..
Gaul rata bersama keledek
Bentukkan keria..mt guna setiap keria seberat 35 gm..
Goreng hingga garing

Bahan Sira..

Seketul gula melaka dihiris
2sm gula pasir
1/2 caw air

Masak hingga pekat dan masukkan keria..gaul rata

Goreng keria dgn api sederhana..klu minyak terlampau panas..keria akn mengerutu...

Wednesday, December 7, 2016

Serimuka Pandan



Kuih ni sangat femes...tak jemu....rasa lemak..rasa manis dan wangi pendannya ummmpp..Mt buat separuh adunan dgn loyang saiz 7 in x 7in di lapik plastik....

Bahan :

250gm beras pulut..cuci tos kan (ada yg rendam 4 jam..mt x rendam..sebab suka makan ada rasa pulut dan x mampat pulutnya mcm nasi impit)
150ml santan pekat
150ml air
1st garam

Gaul rata semua bahan diatas dan kukus hingga pulut masak.matikan api..gaul rata sekali lagi dan mampatkan ke dlm loyang yg telah di lapik plastik.Tuang adunan lapisan atas dan kukus selama 30min

Lapisan atas :

125gm gula halus
50gm tepung kastard
1sm tepung gandum
2biji telor gred B
200ml air daun pandan
200ml santan pekat
1/4st garam
pewarna jika perlu (mt tak letak)

Satukan semua bahan..gaul rata dan tapis kedalam periok.
Masak hingga naik wap dan tuang atas pulut
Kukus selama 30 minit


Sunday, December 4, 2016

Kuih Nona Manis Pandan (resipi yg mt selalu buat)


Resipi di bawah ni menghasilkan 80 ketul kiuh......

Bahan A...
80gm tpg gandum
350ml santan pekat..mt guna santan kotak je
2st garam halus
500 ml air

Satukan semua bahan di atas..kacau rataa fan tapis kedlm periok.
Masak hingga agak pekat.
Tuang dlm piping bag...mt masukkan dlm bekas plastik cili sos..senang nk picit nanti...ketepikan dulu

Bahan B....

200gm gula kastor
200gm tpg gandum
175 santan pekat
500ml air
3 biji telor..pukul sikit dulu dlm mangkok kecil

Cara..
Satukan semua bahan..gaul rata dan tapis kedalam mangkok..ketepikan dulu

Bahan C...

100gm gula kastor
60gm tepung jagung
175ml santan pekat
300 ml air daun pandan
1tsp garam
1tsp psndan emulco...opptional
1tsp pewarna..kdg2 daun psndan je dah cukup ..klu nk hijau lg..tsmbah sikit pewarna..tak letak pun tak apa..

Satukan semua bahan...gaul rata fan tapis ke dalam periok.
Masak dgn api sederhana hingga berkilat...ada npk buih2 sikit.
Matikan api...madukkan adunan B dan gaul rata hingga buih2 tadi tu hilang

Cara mengukus..
Panaskan kukusan dahulu.Acuan lompang sapu minyak
Tuang adunan hijau 3/4 penuh. 
Picitkan adunan putih di tengah nya hingga adunan naik memenuhi acuan..(masukkan sikit muncung dn picit..pastikan dlm keadaan menegak..klu senget adunan putih x bulat)
Kukus selama 10 min
Dah betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan.

NOTE ..
Bahan A jika terlalu pekat nanti bulatan putih tak kembang...x berapa cantik sbb adunan dah pekat

Tuesday, November 22, 2016

Lapis Merah


Resipi ni yg bila dah masak boleh buka selapis demi selapis...rsipi dari blog PT..mt kongsi kat sini...

Bahan :

1 caw tepung beras
2 caw santan (mt guna 1 caw santan kotak dan 1 caw air)
2 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1/2 caw gula halus
1/4 st garam
sedikit pewarna merah dan esen rose

Cara :

Panaskan kukusan.Lanser loyang 7in x 7 in dgn minyak masak
Ayak semua tepung2.Satukan semua bahan kecuali santan.Gaul rata
Masak santan atas api setakat suam2 kuku.Matiakan api
Tuang dlm adunan epung dan gaul rata dgn whisker
Bahagi aduan kpd dua bahagian.
Yang satu warna asaldan yg satu lgi tambah pewarna dan esen rose
Tuang 100ml aduanan asal (putih).Kukus 4 minit.Tuang pula aduan merah sebanyak 100ml juga .Kukus selama 4 minit ..ulang proses selang seli  hingga habis.
Aduan merah yg terakhir tambah sedikit lagi pewarna merah.

Note : Jumlah adunan 600ml






Nona Manis Jagung


Kuih Nona Manis Jagung...resipi hampir sama dgn resipi sebelum ni...Kuih Nona Manis Pandan..mt ubah je sikit kat Bahan C......
Bahan A :
80gm tpg gandum
350ml santan pekat..mt guna santan kotak je
2st garam
500ml air
Satukan semua bahan..kacau rata dan tapis kedalam periok
Masak hingga agak pekat
Tuang ke dalam botol sos yg bermuncung satu...senamg nk tekan kedalam adunan nanti.
ketepikan dulu..
Bahan B :
200gm gula kastor
200gm tpg gandum
175ml santan pekat
500ml air
3 biji telor
Satukan semua bahan..gaul rata dan tapis kedalam mangkok.Ketepikan dulu
Bahan C :
100gm gula kastor
60gm tpg jagung
175ml santan pekat
100ml air
1tin corn cream style
1st garam
sedikit pewarna kuning
Satukan semua bahan dlm mangkok..kecuali sewet corn cream style,
Kacau rata hingga gula hancur dan tapis kedalam periok.
Masukkan sweet corn dan kacau rata.Hidupkan api masak hingga berkilat dan agak pekat.
Matikan api...masukkan bahan B dan kacau rata
Cara mengukus..
Panaskan kukusan,Acuan di sapu minyak
Tuang adunan hingga 3/4 penuh
Pecit aduan putih (bahan A kedalamnya hingga adunan memenuhi acuan
Kukus selama 10 minit
Dah betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan.

Wednesday, August 3, 2016

Talam Lapis Caribbean


Lapisan Bawah :

A)
200gm tpg beras 
100gm gula kastor
1/2tsp garam
300ml santan
500ml air

B)
250gm pisang nangka di kukus dan di potong dadu
Beberapa titik pewarna kuning di gaul bersama pisang

Cara :
1.Satukan semua bahan.Gaul rata dan tapis Masak hingga pekat
2.Masukkan pisang gaul rata dan tuang ke dalam loyang.Ratakan dan kukus selama 25 min

Lapisan Tengah :

50gm tepung gandum
120gm gula castor
1/2 tsp garam
2 biji telor
1/8tsp esen pisang
300ml air
100ml santan pekat
sedikit pewarna..ikut suka

Cara :
1.Satukan semua bahan gaul rata dan tapis.Masak hingga naik wap
2.Tuang keatas lapisan pisang .Kukus selama 25min

Lapisan Atas :

50gm tepung kastrad
150gm gula castor
1/4st garam
sedikit esen vanilla
2 biji telor
100ml santan pekat
300ml air

Cara :
1.Satukan semua bahan dan gaul rata...tapis dan masak hingga naik wap
2.Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 30minit

Note : Seperti biasa setaip lapisan di cucuk garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.


Tuesday, August 2, 2016

Kek Butter Santan


Cucu mt yg no 2 sangat2 suka kek ni...entah berapa kali buat dlm masa seminggu....guna kualiti butter baru rasanya mengancam,,,,
Bahan :

1/2 caw butter
3/4 caw gula....mt kurangkan sikit..sikit je
1st esen vanilla
3 biji telor
1 packet/50gm santan serbok
1 1/2 caw tepung gandum *
1 st baking powder *

* di ayak bersama

Almond flake/Almond nib


Cara :
1.Pukul butter,gula dan esen vanilla hingga kembang
2.Masukkan telor sebiji sebiji dan pukul lagi
3.Masukkan santan serbuk gaul rata
4.Dengan spatula masukkan tepung sikit2..hingga habis dgn cara kaup balik adunan
5.Bahagikan 3 bahagian warna ikut kesukaan
6.Gris acuan dan masukkan adunan berselang seli warna hingga habis.Tabur almond
7.Bakar hingga masak.

Kek Batik Empire



Bahan :

200gm butter
1/4caw gula halus
4 biji telor
1st esen vanilla
1/4caw kaya perisa asli
1/4caw susu pekat manis
3/4caw tepung gandum*

1/4caw horlicks*

* di ayak bersama
1sb serbuk coklat
1/2sb coklat emulco
pewarna hijau
150gm biskut marie di patah2 empat dan di bahgi dua bahagian

Cara :
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2,Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi
3.Masukkan esen vanilla,susu dan kaya..dan pukul sebati
4.Perlahankan speed mixer masukkan tepung dan pukul sebati
5.Bahagi dua adunan...masukkan sedikit peawrana hijau..gaul rata dan masukkan sebahagian biskut marie dan gaul rata.
6.Masukkan kedalam acuan yg telah disapu butter dan hentakkan acuan dua tiga kali
7.Kukus selama 20 minit
8.Baki aduan di masukak serbuk coklat dan coklat emulco..gaul rata dan masukkan biskut marie gaul rata semula.
9.Tuang ke atas adunan hijau..hentakkan loyang dan kukus selama 30 minit.
10.Apabila sejuk..paipkan nutella diatas ke dan tabur manik hiasan.

Friday, July 15, 2016

Kek Buah Kukus Sempoi

Bahan A :

2caw mix fruit di rendam dgn air suam selama 1 minit dan toskan
1/2caw kismis
5 - 6 biji buah kurma di buang biji dan di gunting dadu

Bahan B :
2caw gula di jadikan gula hangus
1/4 caw air panas
250gm butter

Bahan C :
4 caw tepung gandum
1st baking powder
1st soda bikarbonat
1 st cream of tartar
1/2 st serbuk kayu manis

di ayak bersama dan gaul rata

Bahan D :
3 biji telor
1st esen vanilla
1sk pes oren..mt guna sunquick

di blend bersama

Cara :
1.Masukkan gula di dlam kuali...masak hingga jadi gula hangus.Tuankan air panas dan kacau sebati
2.Masukkan butter kacau hingga butte cair dan masukkan Bahan A dan kacau rata.
3.Perlahankan api..masukkan tepung hingga habis dan gaul rata...matikan api
4.Masukkan Bahan D yg telah di blend hingga kembang.Gaul rata dan masukkan kedalam bekas dan kukus selama dua jam
5.Tutup bekas adunan dgn plastik atau AF serta air pastikan didihkan dahulu.