Galery mt

Galery mt

Tuesday, May 19, 2015

Lapis Kaswi Keladi

Terpandang resipi kat fb kawan mt...apalagi...ber experiment lah mt di dapor...mt buat separuh dari resipi dibawah...dan mt lapiskan..kalau malas..tuang aje adunan tu dlm loyang...

Bahan :

180gm tepung beras
120gm tepung ubi
70gm tepung jagung
260gm gula
1200ml santan (400mlo santan kotak  +800ml air)
300gm keladi direbus hingga empok dan toskan airnya
1st esen keladi
2st air kapor
1/2st garam
pewarna unggu
Cara cara:
Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas). Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.
Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.
Sapu minyak pada loyang saiz 10x10x3 dan tuangkan adunan putih dan ungu secara berselang seli.
Kukus adunan selama 40 minit dan sejukkan kuih sebelum
dipotong.
Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.

Wednesday, May 13, 2015

Kek Nenas Terbalik


Resipi dari CMG..mt buat separuh dari resipi di bawah...

Bahan :

2 tin nenas
Ceri merah

250gm mentega
5 biji telor gred A (asingkan kuning dan putih)
135gm gula halus
135gm tepung gandum
2st baking powder

(tepung gandum dan baking powder diayak 2 x)
1st esen vanilla

Cara :
1.Gris springform pan dgn mentega..alas dgn kertas minyak..dan sapu mentega atas kertas minyak.
2.Susun nenas diatasnya dan belah dua ceri merah dan sumbatkan kedalam lubang nenas tersebut
3.Pukul mentega dan sebahagian gula dan masukkan vanilla serta pukul lagi hingga putih
3.Masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi
4.Perlahan speed mixer masukkan tepung hingga habis.
5.Dalam mangkok lain pukul putih telor hingga berbuih dan masukkan baki gula tadi serta pukul hingga kental
6.Satukan adunan tepung dgn putih telor.Kuap balik adunan hingga rata
7.Masukkan adunan kedalam springform pan tadi dan ratakan
  1. Bakar hingga masak.

Tuesday, May 12, 2015

Kuih Bom Mini....

Buat kecil..dan comel.....kalau kenduri kawin ramai tempah nak saiz begini...sekali atau dua kali ngap.....resipi mt copy paste dari n3 lama....
1 1/2 caw tepung pulut
1/2 caw tepung beras
2sb gula dimasak bersama 1 caw air

Cara :
1.Masak gula dgn air biar gula hancur matikan api..gunakan waktu airgula ni suam2...
2.Satukan tepung2..kacau rata..masukkan air sikit2 sambil di uli hingga jadi doh yg lembut.
3.Ambil sedikit doh bulatkan dan leperkan..isikan inti dan bulatkan semula.
4Golekkan diatas bijan dan goreng dgn api sederhana hingga kekukuningan,

Inti Kelapa :



Nota :
Resipi diatas menghasilkan lbh kurang 40 biji
Adunan tepung mt scoop sebanyak 1/2tbs..
Inti mt scoop sebanyak 1/2tsp..

Wednesday, May 6, 2015

Apple Pie



Pastri yg rapuh dengan filling yang sedap..tak berapa manis...resipinya pun mudah....

Bahan :
250gm tepung gandum
50gm gula icing
150gm butter
30gm air sejuk
1biji kuning telor

Cara :
Ayak tepung dan gula icing kedalam mangkok
Masukkan butter sejuk yg di potong kuib.Gaul hingga jadi serbuk roti
Masukkan kuning telor dan air..uli hingga jadi doh.Bulatkan dan bungkus dengan plastik
Simpan dalam peti ais selama 1 jam

Inti :
4biji apple hijau
100gm brown sugar
1st serbuk kayu manis
2sb tepung gandum
3sb air utk bancuh tepung
1st lemon jus

Hiasan :
1biji kuning telor di kocok utk sapu atas doh
putih telor di sapu atas dasar doh pie

Cara :
Apple dibuang kulit dan di potong dadu
Masukkan apple dan brown sugar kedalam periok .masak hingga apple layu dan air agak kering
Masukkan serbuk kayu manis dan lemon jus.Kacau rata.
Masukkan bancuhan tepong..gaul rata dan masak seketika.
Sejukkan.


Keluarkan doh dari peti sejuk.Canai pastri dan masukkan kedalan tin pie bersaiz 16cm atau 20cm.
Tekan sedikit pada bahagian lekuk di tin pie.Hiris lebihan pastri
Cucuk dgn garfu pada dasar pastri dan bakar selama 15 minit
Sapu rata dasar pastri dgn puth telor..dan tuang inti dan ratakan
Canai baki pastri memanjang dan susun atas permukaan pie dan sapu kuning telor.
Bakar selama 30 - 35 minit dan mt tambah 10 minit membakar api bawah sahaja.

Tuesday, May 5, 2015

Kuih Nona Manis



Asal usul kuih ni dari negara seberang Indonesia....mt dapat resipi dari Amie's....memang tak rugi mencuba sedap bangat.....
Bahan A :
3 biji telor
1caw gula pasir
2caw santan (400ml)
2caw tepung gandum

Cara :
Pukul telor dalam mixer hingga kembang.
Perlahankan speed..masukkan tepung gandum.Putar hingga sebati
Masukkan santan dan adun hingga sebati.Ketepikan dahulu

Bahan B :
2caw santan (400ml)
1/2caw gula pasir
1/2caw tepung jagung
1/2st garam
sedikit pandan emulco (mt tambah)
pewarna hijau (mt tambah)

Cara :
Satukan semua bahan B dan tapis kedalam periok.
Masak hingga meletup-letup
Angkat dan satukan kedalam bahan A
Putar hingga sebati

Bahan C :
2caw pati santan
2sb gula pasir
2sb tepung gandum
1/2st garam

Cara :
Satukan semua bahan C.Masak atas api hingga kental.
Masukkan kedalam piping bag

Panaskan kukusan.
Sapu acuan lompang dengan minyak
Tuang bahagian AB kedalam acuan hingga 3/4 penuh
Pamkan adunan C dgn memasukkan muncung piping bag kedalam adunan..dan pam hingga adunan naik dan penuh.
Kukus selama 10 minit

Monday, May 4, 2015

Nasi Dagang

Lunch hari ni....faberet kami sekeluarga....resipi mt copy paste dari n3 lama...

Nasi Dagang :

5caw beras nasi dagang atau (mt guna 3 caw beras pulut + 2 caw beras basmathi PUSA)
2caw santan pekat
4caw santan cair
2sb halba
10ulas baw merah kecil dimayang halus
6 ulas baw putih dimayang halus
1 1/2 in halia dihiris halus spt btg mancis
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1.Didihkan air dlm pengukus
2.cuci kedia2 beras dan campurkan serta toskan airnya sekejap
3.Gaul bahan no 2 dgn santan cair masukkan garam dan gula
4.Masukkan kedalam loyang dan kukus hingga masak
5.Apabila sudah masak,semasa masih panas2 masukkan bawang merah,bawang putih,halia halba dan santan pekat gaul rata..
6.Kukus semula  selama 25minit

GULAI IKAN TONGKOL

Beberapa keping ikan tongkol dicuci bersih
5 keping asam gelugor
2inci halia ditumbuk kasar
3ulas bawang merah di tumbuk kasar
3ulas bawang putih di tumbuk kasar
Sesudu makan garam
sesudu makan gula
air utk merebus (sekadar menutup ikan lbh seinci)

Rebus sehingga masak dan reneh selama /12 jam.Keluarkan ikan dari periok yag lain2 dibuang (jgn pulak cuci ikan tu ye)

Bahan utk gulai ikan :
santan pekat dari sebiji kelapa
3 kpg asam gelugor
5ulas bawang merah 
4ulas bawang putih
1 inci halia
1 paket rempah kari adabi di buat pes
1sb cili kisar
2sb gula merah/kabung/melaka
garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara :
1.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia.Tumis dlm minyak hingga naik bau.
2.Masukkan pes rempah kari dan cili kisar masak hingga terbit minyak
3.Masukkan santan cair biar mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan asam gelugor dan ikan biar hingga mendidih.
5.Rasakan garam dan gula...reneh lagi selama 5 minit.

Sebelum matikan api..mt suka masukkan beberapa cili padi.....sebab mt suke pedas..lg pedas lg sedap!

Friday, May 1, 2015

Steamed Cheese Layer Brownies



Mt buat separuh dari adunan dibawah..., buat untuk di bawa balik ke kampung....

Bahan - bahan :

250gm mentega
350gm dark cooking coklat
2sb susu pekat
280gm gula kastor
4biji telor gred A
120ml fresh milk
1tsp esen vanilla
330gm tepung *
30gm serbok koko *
2tsp baking soda *

* di ayak bersama

Krim Cheese :
350gm cream cheese
60gm gula kastor
4biji telor gred A
2tsp lemon juice

Cheesedale

Hiasan : dark and white cooking utk drizzle atas browniesnjika perlu

Cara :
1.Cairkan mentega dan dark cookin coklat.Tutup apidan masukkan gula.Kacau sampai gula larut dan sejukkan (jgn cairkan sampai berminyak)
2.Masukkan telor yg telah di pukul dan gaul sebati
3.Masukkan bahan yg telah diayak dan gaul sebati
4.Bahagi kepada dua bahagian

Adunan Cream Cheese :
1.Pukul cream cheese dan gula hingga sebati
2.Masukkan telor dan pukul hingga "creamy"
3.Bahagi kepada dua bahagian

Cara mengukus :
1.Tuang satu bahagian brownies kedalam loyang dan ratakan.
2.Kukus selama 20 minit
3.Angkat dan susun lapisan cheddar cheese di atas brownies dan letak satu bahagian cream cheese diatasnya
4.Kukus selama 15 minit
5.Angkat dan tuang baki adunan brownies diatasnya..dan dropkan baki adunan cheese dan lorekkan seperti marble diatas permukaannya.
6.Kukus selama 30minit