Galery mt

Galery mt

Friday, October 31, 2014

Talam Lapis Cracker

Kalau malas nak menguli  tepung dan menebar doh ....resipi ni boleh ganti murtabak kut...Sedap!


Bahan :

400gm daging cincang
5tbsp serbuk kari
200gm bawang besar di potong dadu
45 keping biskut cream cracker
10 biji telor
4tbsp mentega
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak utk menumis

Bahan Kisar :
3ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
2cm halia

Fiiling utk celup biskut :
500ml fresh milk

Bahan hiasan :
Cili merah,daun sop,daun bawang dan bawang goreng
Sos cili utk dizzle atas permukaan talam setelah masak atau selepas di potong

Caranya :

1.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan rempah kari...gaul rata seketika
2.Masaukkan daging,kacau seketika dan masukkan sedikit air,masak hingga air kering
3.Masukkan bawang besar yg di dadu,,masak hingga bawang layu.Rasakan garam dan gula agar seimbang
4.Bahagi inti kepada 5 bahagian.
5.Kocok telor dgn sedikit susu,ketepikan
6.Panaskan  susu dgn sedikit garam...untuk mencelup biskut.
7.Celup biskut dlm susu yg di  panaskan tadi dan susun dlm loyang hingga memenuhi loyang.
8.Tabur inti rata2 di ikuti bahan hiasan dan tuang tuang telor bercmpur sedikit susu tadi,diatasnya.
9.Ulang melapis dari langkah 7 hinga 8 hingga habis...hingga mendapat 5 lapisan
10.Akhir sekali..lapisan paling atas tuang baki telor dan fresh milk dan letak mentega diatasnya.
11.Bakar selama 60 minit pada suhu 160C - 180C..bergantung jenis oven yg di gunakan.
Dah sejuk baru potong dan dizzle dgn cili sos...boeh juga diselang seli dgn mayonis.

Nota : Loyang 10''x10" di lenser dgn majerin dilapik patchment paper dan lenser lagi dgn majerin. ..dan bary susun biskut yg di celup.
 Anggaran 1 lapis = 16 keping biskut.

Kuih Cara Berlauk

Kalau makan kuih cara ni mmg tak ingat...seketul..seketul ngap masuk mulut...berhentinya bila dah habis....pelahap sungguh...hihi
Bahan A :

2 caw tepung gandum
2 caw air 
1/2 caw santan
2 biji telor
2sb minyak sapi
Garam secup rasa
sedikit pewarna kuning

Cara :

1.Masukakn telor,tepung,minyak sapi,air dan santan.serta garam.Kisar sebati
2.Tapis adunan dan masukkan sedikit pewarna kuning
3.Ketepikan dahulu ...nak buat inti daging pula.

Bahan B :

1 cawan daing cincang
sedikit daun sop
sedikit daun bawang
1 biji bawang besar poong dadu
1sb rempah kurma
1.2 sk serbuk kari
3 ulas bawang putih di tumbuk
1 biji cili merah di hiris
sedikit bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang dan cili merah hingga wangi
2.Masukkan daging dan kacau rata seketika.
3.Masukka rempah2 dan rasa garam dan gula dan tutup api
4.Masukkan daun sop dan daun bawang.

Hiasan :
Cili merah
daun sop dan daun bawang
Bawang goreng

Cara Buat  Kuih Cara :
1.Panaskan acuan seketika dan lenser dgn minyak sapi
2.Masukkan adunan 3/4 penuh dan masukkan inti..inti akan tenggelam sedikit.Tabur sedikit daun sop daun bawang,cili merah dan bawang goreng.
3.Tutup acuan masak hingga masak

Nota : Kalau nak cepat hanya tabur bawang goreng..dan masukkan cili,daun2 bawang dan sop semasa masak inti

Puding Lapis Kaca

Cantik kan....bahan2 yg di gunakan simple aje...nak buat pun senang..tapi kalau tak pandai melapis...bila masa potong..lapisan2 tu tertanggal/bercerai anyata satu sama lain....hihi


Puding Lapis Kaca :
Adunan A:
25gm serbok agar2
1500ml air
250gm gula
1helai daun pandan

Adunan B :
25gm serbok agar2
1500ml air
250gm gula
100gm serbok santan (2packet setiap packet=50gm)
1helai daun pandan

Cara :
1.Masak hingga mendidih,keluarkan daun pandan...biar suam sikit
2.Masak B seperti no 1.
3.Tuang 350ml agar2 santan hijau kedalam loyang hingga hampir beku
4.Kemudian tuangkan 350ml agar2 jernih dicampur pewarna hijau keatas no 2.
5.Ulang 3 dan 4 berselang seli dgn warna lain hingga habis
6.Gunakan loyang 9inx9in yg telah dibasahkan.Biasanya ia akan mendapat 8 lapisan.

Nota : Pastikan adunan panas dan sebelum tuang lapisan seterusnya.
           Cucuk2 sedikit lapisan agar2 sblm tuang adunan supaya adunan melekat.

Puding Tembikai

Rasanya sedap secantik rupanya....

Cara ,resipi yg sama..cuma tukar warna....
Bahan :
25gm serbok agar2
3 keping rotu
6caw air
1 1/2caw gula
1/2 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb mentega
1st vanilla esen
sedikit cincau di potong kecil

Cara :
1.Masak agar2 bersama air dan gula hingga hancur dan mendidih
2.Masukkan roti yg telah di carik dan di rendam dlm susu cair dan telah di blend bersama susu pekat
3.Biar mendidih seketika dan masukkan mentega dan esen.Kecilkan api
4-Ambil 350ml adunan campurkan dgn pewarna hijau..kacau rata kedalam loyang
5.Bila dah keras sikit cucuk sedikit lapisan dgn garfu,tuang lagi 350ml adunan warna asal.
6.Akhir sekali tuang baki adunan yg telah di campurkan dgn warna merah dan tabur cincau diatasnya,
7.Sejukkan dahulu baru sedap di makan

Nota : Loyang saiz 8"x8" basahkan dgn air dahulu.

Wednesday, October 29, 2014

Lapis Srikaya Coklat

 Ada permintaan utk kuih ni,,sedap..kenyal2 dan rasa manisnya pun sederhana

Sumber : Chef Asma

Bahan A :
200gm tepung beras
120gm tepung ubi
180gm tepung sagu (mt guna tepung jagung)
1biji telor
400ml santan pekat
300ml air
480gm srikaya

Bahan B :
250gm gula pasir
100ml santan pekat
800ml air
1tsp garam
2 helai daun pandan

Bahan C:
1tsp coklat emulco

Cara :
1.Satukan semua bahan A,kacau rata.
2.Satukan bahan B dan masak hingga mendidih.
3.Tuangkan ke adunan A,kacau rata dan tapis.
4.Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan satu bahagian di campur dgn coklat emulco

Bahagian utk warna asal/kuning = 1500ml( setiap lapisan 500ml)
Bahagian utk warna coklat = 800ml (setiap lapisan 250ml dan lapisan akhir 300ml)

5.Kukus adunan selapis selapis selama 10minit dan adunan akhir selama 30minit

Sayur Lodeh

Sayur lodeh atau masak lodeh nama masakan ni....Orang Johor pasti tak tinggal menu ni bila hari raya....ada orang tumis dgn sedikit minyak ada juga terus rebus...mt suka tumis dan sedikit minyak biar nampak cantik selain rasanya yg sedap...
Bahan  A :
1 btg karot dipotong panjang
1 sengkuang kecil di potong panjang
5 batang kacang panjang di hiris menyerong
2 keping tempe di goreng dan potong 
2 keping tahu di goreng dan di potong 
50g soon di rendam dan toskn
2 keping tahu kering di rendam tos dan di kerat2
2 cili hijau di potong
2 cili merah di ptong

Bahan B :
1 btg serai di ketuk
Bawang besar diris
Bawang putih di hiris
Kunyit hidup di tumbuk
Udang kering atau ikan bilis di rendam dan ditumbuk kasar (boleh ganti dgn udang kertas)

Bahan C :
Santan dari 1 biji kelapa

Cara ;
1.Panaskan minyak tumis bahan D hingga wangi.
2.Masukkan santan,kacau dan masak hingga mendidih
3.Masukkan tahu kering,soon,karot.sengkuang dan sayur2 lain.Masak higga mendidih dan reneh sekejap.
4.Rasakan garam

Tuesday, October 28, 2014

Talam Lapis Nusantara


Sumber : Chef Asma

Bahan A :
200gm sago,cuci dan masak dan toskan airnya - bahagi kepada 4 bahagian

Bahan B :

150gn tepung gandum
60gm tepung beras
1tbsp tepung green pea
250ml santan pekat
750ml air
150gm gula pasir
1/2tsp garam
1/4 tsp air abu
sedikit pewarna merah,hijau ddan ungu

Cara :

1.Campurkan semua bahan B tapis dan kacau atas api hingga naik wap
2.Bahgikan adunan sama rata sebanyak 4 bahagian
3.Setiap bahagian di campur sagu.Ketepikan dahulu.

Bahan C :
120gm tepung gandum
30gm tepung ubi
1tbsp tepung beras
200gm gula pasir
250ml santan pekat
550ml air
3biji telor
perasa jagung,pewarna lemon yellow,purple,merah dan hijau

Cara :
1.Campurkan semua bahan...tapis dan masak hingga naik wap2.
Bahgikan kepada 4 bahagian sama rata
2.Kukus berselang seli dgn bahagian A diatas selama 15 minit
3.Lapisan kukus selama 20minit

Monday, October 27, 2014

Talam Sago Pancawarna

Rupa seperti Lapis Ubi Thai Style tapi yang ini gunakan sago....Lapis ubi sedap yg ini pun sedap...jomm cube...

Resipi untuk satu lapisan saja :

Jika nak buat 3 lapiran..dharab 3 utk loyang 10" x 10"
Jika banyak buat satu lapisan saja tapi guna loyang kecil bahagi 3 pun boleh.

300gm sago kecil -rendam 30 minit (rendam air betul2 paras sago..klu terlebih nanti lembik pulak)
150ml santan pekat
100ml air
200gm gula pasir
70gm kelapa parut putih
1/2tsp garam
pewarna..

Selepas masak gaul dgn kelapa parut putih yg telah dikukus dan di campur garam

Cara :
Campurkan semua bahan dan kukus selapis selapi selam 30 minit
Pastikan betul2 sejuk baru dipotong.

Talam Sekoteng

Wangi sirap rose dan lemak2 gitu....
Lapisan Bawah :

70gm sekoteng rebus dan toskan

180gm tepung beras
250ml santan pekat
450ml air
1tbsp tepung hoen kwe white
100gm gula pasir
1tsp garam

Cara ;

Satukan semua bahan2 diatas kecuali sekoteng...tapis kedalam periok...masak hngga naik wap.
Masukkan sekoteng dan gaul rata.
Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25minit

Lapisan Atas :

180gm tepung gandum
250gm gula pasir
3biji telor
250ml santan pekat
500ml air
1/2 tsp garam
1 1/2 perisa rose amina

Cara :
Satukan bahan diatas,tapis dan masak hinga naik wap.
Tuang atas lapisan bawah dan kukus selama 30minit

Talam Roti


Sumber : Chef Asma 

Lapisan Bawah :

250gm roti  lbh kurang 13 keping roti gardenia
3biji telor
50gm raisin
100gm gula halus
1/2tsp garam
150ml santan
300ml air
1/4 tsp vanilla

Cara :
Satukan semua bahan dan remdam selama 30 minit hingga lembut
Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 30minit

Lapisan Tengah :

50gm tpg gandum
100gm gula kastor
1/2 tsp garam
2 biji telor
300ml air daun pandan
100ml santan pekat
1/8tsp pewarna hijau
sedikit perasa pandan

Cara ;
Satukan semua bahan.Tapis kedalam periok masak hingga naik wap.
Tuang atas lapisan bawah,kukus selama 25minit.Pastikan cakar2 sedikait lapisan bawah

Lapisan Atas :

50gm tepung kastard
100gm gula halus
1/4tsp esen vanilla
100ml santan pekat
300ml air
pewarna kuning jika perlu

Cara :
Satukan semua bahan.Tapis kedalam periok dan masak hingga naik wap.
Tuang atas lapisan tengah yg telah di cucuk2 sedikit dgn garfu.
Kukus selama 25minit

Talam Permata

Nak makan pun sayang sebab cantik.....itu komen kawan2 mt....hihi...


Bahan-bahan:

Bahan Lapisan Permata


Bahan A:

50gm sagu besar berwarna pink
Bahan B:

90gm tepung beras (jadikan ia 120gm tepung beras)
80gm tepung ubi (kurangkan kepada 50gm sahaja)
150ml santan pekat
100ml air

Bahan C :

140gm gula kastor
100ml santan pekat
200ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Cara-caranya:

Masak bahan C sehingga gula menjadi hancur (suam kuku)
Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata, tapiskan
Masukkan pula bahan A dan ketepikan sebentar

Bahan Lapis Berwarna

Bahan D: 

150gm tepung beras (jadikan 270gm tepung beras)
270gm tepung ubi (Kurangkan kepada 150gm sahaja)
250ml santan pekat (saya kurangkan kepada 200ml sahaja + 50ml air)
250ml air

Bahan E:

240gm gula kastor (saya kurangkan kepada 200gm sahaja)
200ml santan pekat (saya kurangkan kepada 150ml santan + 50ml air)
300ml air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Bahan F:
Pewarna hijau secukupnya
Esen pandan secukupnya

Cara-caranya:

Masak bahan E sehingga gula cair (suam kuku)
Setelah itu, bancuh bahan D dan satukan dengan bahan E. Tapis dan bahagikan kepada 4 bahagian. Satu bahagian pink, satu bahagian putih dan 2 bahagian hijau yang dicampur dengan sedikit esen pandan.

Cara-cara melapis:

Mula-mula masukkan bahagian merah dan kukus selama 10 minit.
Kemudian masukkan putih, kukus 10 minit. Masukkan pula bahagian hijau, kukus 10 minit.
Masukkan pula bahagian lapisan permata dan kukus 10 minit
Akhir sekali masukkan bahagian hijau dan kukus selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.

Nota:

Masak air hingga mendidih...baru masukkan sagu.Sagu dah jernih kelurkan dari periok rendam dgn air sejuk bercampur pewarna pink seketika dan toskan.

Talam Sri Sarawak

Dah lama buat talam ni....tapi masih belum kesempatan masukkan dlm blog.Talam ni kalau tersebut...sekeluarga boeh ketawa...ada cerita lucu di sebaliknya....hihi....Beberapa tahun yg lalu..mt buat kuih utk di beri kepada imam kariah mt.Kenduri dibuat selepas solat Isya,....tak lama kemudian at balik...siap describe....kat rumah imam dia makan kuih tu cantik..lembut dan sedap.....padahal yg buat mt.....kantoi...hihi...Al fatihah buat arwah imam yg telah kembali kerahmatullah....

Sumber : Chef Asma

Lapisan Bawah :

50gm sohoon - rendam dgn air suam dan toskan dan potong
250gm sago kecil - basuh rendam 30minit
100gm kelapa parut putih
2tsp garam
100ml santan pekat
300ml air

Cara :
1.Satukan bahan diata dan masukkan ke dalam loyang kkukus selama 25 minit

Lapisan Tengah :

120gm gula pasir
50gm tepung kastard
200ml santan pekat
200ml air daun pandan
2biji telor
1/8 air abu - optional
1/4 st garam
pewarna hijau dan perisa pandan

Cara :
1.Satukan semua bahan.Kacau atas api hingga naik wap.
2.Tuang atas lapisan bawah.Kukus selama 25minit

Lapisan Atas :

A : 150gm gula merah            B : 80gm tepung gandum
25gm gula pasir                             2 biji elor
250ml air                                        125ml santan pekat
                                                        1/4ts garam

Cara :
1.Masak A hingga gula larut
2.Satukan A dan B kacau sebati dan tapis kedalam periok.Masak hingga naik wap
3.Tuang atas lapisan tengah.Kukus selama 25minit

Nota : Hampir sama dgan Talam Tokyo...

Sunday, October 26, 2014

Sambal Tumis Petai

Sambal Tumis pun anak2 suruh mt masukkan dlm blog...mereka kata sedap....tak sempat nak ukur dan timbang banyak mana bahan yg nak di gunakan   kalu lauk pauk biasanya mt main campak2 dan agak2 je.......

Bahan:

2caw cili kisar

6 bawang merah kecil
4 bawang putih
1 in belacan
2 labu bawang besar holland - di hiris
1/2 caw petai - di belah dua...klu besar belah tiga
1caw ikan bilis dibasuh dan toskan
sedikit air asam jawa
Minyak sayuran utuk menumis
Garam dan gula

Cara :
1.Bawang kecil,bawang putih dan belacan di blend .Tumis dlm minyak hingga wangi dan garing.
2.Masukkan cili kisar..masak lagi hingga terbit minyak...jangan spi hangus.
3.Masukkan ikan bilis dan air asam..biar mendidih
4.Masukkan petai dan bawang besar hiris..masak hingga mendidih dan agak kering
5.Rasakan garam dan gula.

Apam Gula Merah


        "Rasanya kakak nak makan sekali dengan komputer mak lah."...dah banyak kali dia cakap bila dia tengok gambar apam dlm blog mt.....emmm diam2 lepas solat zohor mt mula bancuh tepung....siap dah...cepat kan?....tu yg kat atas tu at habiskan sorang....yg kakak pula..dia nak apam yg kecil2 bukan potong macam ni.....xoxo  dia nak dlm bekas betuk love la tu.....aiyaaa...buat sendili lah kakak...
Bahan A :

1/2 caw gula merah
1/2 caw gula pasir
2 caw air
Beberapa helai daun pandan

Masak bahan2 diatas hingga gula larut.Sejukkan dan tapis.Ketepikan dulu.

Bahan B :

Sebungkus yeast mauripan (11gm)
1/2 caw air suam
1/2 sk gula

Satukan bahan diatas...Biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.

Bahan C :

4caw tepung gandum
1/8 st garam halus

Cara 

1.Satukan bahan CGaul rata.Tuang bahan A yg telah sejuk.Gaul rata dgn whisk
2.Masukkan bahan B dan gaul rata.
3.Tutup bekas dan perapkan selama 1jam.
4.Sapu minyak loyang dan tuangkan adunan dan biarkan beberapa minit baru di kukus.
5.Apabila sejuk,potong kuih dgn pisau telah di sapu minyak.Hidangkan bersama kelapa parut putih yg telah di campur garam.

Saturday, October 25, 2014

Ikan Puput Pindang Serani

Ini rupa ikan puput..banyak tulang...goreng dgn kunyit basah berserta bawang putih pun sedap...
Ini pun salah satu resipi kegemaran keluarga...lebih2 lagi at....ialah resipi my MIL....dia suke mt ikut aje....lagi pun mmg sedap....pedas pulak...mmg ngamlah dgn tekak mt....resipi dari sebelah mt pun sedap2 jugak.....kebanyakan N9 style....sebab pernah menetap di N9 beberapa tahun...bapa mt suke..anak2nya pun suke juga....

Bahannya :

Beberapa keping ikan puput yg dah di potong dan di bersihkan.

Cili padi nak pedas letak banyak....
Sedikit belacan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit

Tumbuk atau blend bahan diatas

Beberapa batang serai di ketuk
Cili Merah di ketuk
Bawang Besar di hiris
Bawang putih di hiris

Asam Jawa
Garam

Minyak utk menumis

Cara :

1.Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi
2.Masukkan serai,cili merah dan bahan2 yg di hiris....kacau hingga wangi
3.Masukkan ikan,balik2 kan sikit...than masukkan air asam jawa.
4.Bila mendidih masukkan garam..reneh sebentar.

Nota : Boleh juga guna ikan parang....klu tak jumpa ikan puput di pasar.

Bingka Susu Utara


Bahan :

4 caw susu cair
2 caw santan pekat
2 caw tepung gandum
1 1.2 caw gula
4 biji telor
4 sb mentega

Cara-caranya :

1.Masukkan semua bahandalam blender dan blend hingga sebati dan berbuih.
2.Tuang dalam acuan dan bakar hingga kekuningan
3.Pastikan sudah sejuk baru di potong.

Friday, October 24, 2014

Nasi Dagang


Ini pun faberet mt dan anak2....

Nasi Dagang :

5caw beras nasi dagang atau (mt guna 3 caw beras pulut + 2 caw beras basmathi PUSA)
2caw santan pekat
4caw santan cair
2sb halba
10ulas baw merah kecil dimayang halus
6 ulas baw putih dimayang halus
1 1/2 in halia dihiris halus spt btg mancis
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1.Didihkan air dlm pengukus
2.cuci kedia2 beras dan campurkan serta toskan airnya sekejap
3.Gaul bahan no 2 dgn santan cair masukkan garam dan gula
4.Masukkan kedalam loyang dan kukus hingga masak
5.Apabila sudah masak,semasa masih panas2 masukkan bawang merah,bawang putih,halia halba dan santan pekat gaul rata..
6.Kukus semula  selama 25minit

GULAI IKAN TONGKOL

Beberapa keping ikan tongkol dicuci bersih
5 keping asam gelugor
2inci halia ditumbuk kasar
3ulas bawang merah di tumbuk kasar
3ulas bawang putih di tumbuk kasar
Sesudu makan garam
sesudu makan gula
air utk merebus (sekadar menutup ikan lbh seinci)

Rebus sehingga masak dan reneh selama /12 jam.Keluarkan ikan dari periok yag lain2 dibuang (jgn pulak cuci ikan tu ye)

Bahan utk gulai ikan :
santan pekat dari sebiji kelapa
3 kpg asam gelugor
5ulas bawang merah 
4ulas bawang putih
1 inci halia
1 paket rempah kari adabi di buat pes
1sb cili kisar
2sb gula merah/kabung/melaka
garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara :
1.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia.Tumis dlm minyak hingga naik bau.
2.Masukkan pes rempah kari dan cili kisar masak hingga terbit minyak
3.Masukkan santan cair biar mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan asam gelugor dan ikan biar hingga mendidih.
5.Rasakan garam dan gula...reneh lagi selama 5 minit.

Sebelum matikan api..mt suka masukkan beberapa cili padi.....sebab mt suke pedas..lg pedas lg sedap!

Thursday, October 23, 2014

Lapis Ubi Kayu Thai


Rasa manis,lemak dia cukup...sedap...ni komen jiran mt yg apat merasa kuih ni...

Sumber : Chef Asma

Bahan A :
1kg ubi kayu yg telah di parut
250gm tepung ubi
250ml santan pekat
350ml air

Satukan tpg ubi,santan,gula dan air tapis kedalam ubi parut.Gaul rata dan ketepikan.

Bahan B :

340gm gula pasir
1tsp garam
3helai daun pandan
350ml santan pekat
550ml air

Gaul rata,tapis dan masak hingga naik wap

Bahan C :

sedikit pewarna hijau,kuning dan merah

Bahan D;

400gm kelapa parut putih
2 tsp garam

Kukus selama 5 minit

Cara - caranya :

1.Satukan bahan A.Kacau rata...ketepikan dulu.
2.Satukan Bahan B.Lacao rata.Masak hingga naik wap dan tuamg ke dalam Bahan A.Kacau rata.
3.Bahagikan aduanan kepada 3 bahagian.Warnakan dgn warna hijau ,kuning dan merah.
4.Kukus selapis selapis hingga masak dan sejukkan baru di potong.
5.Gaul dgn kelapa parut putih.

Saturday, October 18, 2014

Chocolate Almond Upside-Down Cake

Balik dari Bangi malam semalam...tengok kek ni dah siap tapi dah tinggal separuh dimakan oleh suami angah..Alhamdullilah....Ini kali kedua angah buat.Yang pertama dia buat mt tak dapat makan sbb dia buat utk dibawa ke jamuan di sekolah....yg mula2 buat tu badam  agak longgar dan berterabur ..kali ke dua ni npk lbh kemas...sebab guna non stick pan x lah badam tu melekat kat pan.....mt yg tak berapa suka kek pun makan dua potong tinggal sepotong lagi tunggu at balik dri outsation..nk tunggu apa komen dia pulak....

Sumber : Martha Stewart

INGREDIENTS

For the Caramel Topping

  • 6 tablespoons unsalted butter, melted, plus more for pan
  • 3/4 cup packed light-brown sugar
  • 1/4 cup honey
  • 1 1/4 cups sliced or slivered almonds, lightly toasted

For the Cake

  • 1 1/4 cups cake flour (not self rising)
  • 1/2 cup cocoa powder, preferably Dutch-processed
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/2 cup (1 stick) unsalted butter, softened
  • 1 1/2 cups sugar
  • 3 large eggs
  • 1 cup buttermilk
  • 1 teaspoon pure vanilla extract

DIRECTIONS

  1. Prepare the topping: Generously butter a 10-inch round nonstick cake pan. Pour 6 tablespoons melted butter into the cake pan and swirl to coat the bottom; sprinkle in brown sugar. Drizzle honey over sugar and sprinkle evenly with almonds.
  2. Preheat oven to 350 degrees.
  3. Prepare the cake: Sift flour, cocoa powder, baking soda, and salt together three times to make the cake extra light. Place butter in the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment and beat until smooth and fluffy. Add sugar and continue mixing. Add eggs, one at a time, beating after each addition. Continue beating until light and fluffy, about 3 minutes. With the mixer running on low speed, add a third of the dry ingredients and mix to combine. Add half the buttermilk and continue mixing. Add another third of the dry ingredients, mix, and add remaining buttermilk and vanilla. Add remaining dry ingredients and mix until smooth. Pour the batter into the pan.
  4. Bake until set in the center and springy, 45 to 55 minutes. Run a knife around the edge of the pan and immediately invert the pan onto a serving platter. Let it sit with the pan still on top for 5 minutes so the caramel can soak into the cake a bit, before removing the pan. If the topping is sticking to the pan, warm the pan surface over a low burner to loosen the caramel and then pour it over the cake. Let cool completely. Cut into wedges with a serrated knife.

Friday, October 17, 2014

Serimuka Jagung


Lapisan Bawah :
500gm beras pulut rendam semalaman dgn sekeping asam gelugor
300ml santan pekat
200ml air
2st garam
3 sb jagung kernel

Lapisan Atas :

30gm tepung gandum
30gm tepung kastard
50gm gula castor
200ml santan pekat
300ml air
1/4 st garam
1/2tin jagung cream (lbh kurang 200gm)
sedikit pewarna kuning


Cara :

1.Cuci beras pulut dan toskan.
2.Gaul bersama santan ,air dan garam.Kukus selama 30 min.
3.Angkat dan gaul bersama jagung kernel hingga rata dan padatkan kedalam loyang yg telah di lapik plastik.Ketepikan dahulu.

Lapisan Atas :
1 Satukan semua bahan lapisan atas kecuali jagung cream.Kacau rata dgn whisk dan tapis.
2.Masukkan jagung cream.Gaul rata dan tuang atas lapisan pulut.
3.Tutup dgn aluminuim foil dan kukus selama 30 minit

Thursday, October 16, 2014

Puding Lapis Oreo

Puding ni buat semasa berbuka puasa yg lepas...baru hari ni dapat masukkan dlm blog...

Bahan :

10gm agar2 serbuk agar2 tali pun boleh
750ml air
160gm gula
1 tin susu cair (mt guna ideal milk 400gm)
3/4 caw serbuk milo
1 bungkus biskut oreo (137gm) di patah2kan biar masih berlapis

Cara :
1.Masak agar-agar hingga larut,masukkan gula..masak hingga gula larut
2.Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih
3.Ambil 2 cawan dan campurkan milo kacau sebati
4.Ambil 1 cawan adunan mila tuangkan dalam loyang dan biarkan beku sedikit.
5.Apabila hampir beku..cucuk permukaan dgn garfu dan tuangkan adunan susu putih serta tabur kepingan oreo.Biar dia membeku
6.Baki adunan milo di panaskan dgn api kecil...apabila adunan susu dan orea sdh membeku..cucuk2 dgn garfu dan tuang 1 caw baki adunan milo tadi.
7.Sejukkan dlm peti ais.

Monday, October 13, 2014

Kuih Getas

Ini pun kuih orang dulu-dulu...
Bahan :
2 caw tepung pulut
1 caw tepung gandum
1/2 caw kelapa parut putih
1 st garam

sedikit air

Ayak tepung pulut..tepung gandum dlm sebuah bekas.Masukkan kelapa parut dan garam..Gaul rata.Masukkan air sedikit sedikit.Hingga bjadi seketul doh.Ambil ssedikit doh.Bulat2kan dan leperkan.Goreng dgn minyak hingga kekeuningan.Angkat dan ketepikan dahulu.

Sira Gula :

1/2 caw gula pasir
1/2 caw air

Satukan bahan diatas.Masak hingga gula likat.Masukkan kuih getas tadi.Kacau rata.


Sunday, October 12, 2014

Pulut Inti


Ini juga kuih orang lama....sedap...jgn tak cuba..mt dah bgi resipi kat sini...

Bahan :

2caw beras pulut - rendam semalaman
2caw santan
2 helai daun pandan
1st garam

Cara :
Tos beras pulut.Gaul rata semua bahan diatas.Kukus dlm bekas selama 20 minit.Angkat dan sejukkan.

Dah sejuk masukkan dlm daun pisang dan letak inti kelapa.Bungkus mcm nasi lemak.
Kalau malas..isi dlm bekas2 plastik pun boleh.

Inti Kelapa :

1 caw kelapa muda yg di parut
1/2 caw gula kabung di cincang
1/2 caw gula pasir
1 sb tepung pulut
1 helai daun pandan
1/2 caw air
1/2 st garam

Cara :
1.Masak gu;a kabung,daunpandan dan air..biar gula kabung larut dan mendidih
2.Masukakan gula pasir dan kacau rata
3.Masukkan kelapa,gaul rata
4.Masukkan tepung pulut ,kacau rata.Masak hingga kering.



Abok - Abok

Kuih orang lama2.....

Bahan :
500gm kelapa parut putih
250gm sagu biji
1 st garam 

Gula melaka secukupnya
daun pisang - di layur

Cara :
1.Sagu biji di basuh dan di tapis.Toskan selama 30 minit
2.Satukan sagu biji,kelapa parut dan garam dlm bekas dan gaul rata
3.Ambil daun pisang,buatkan kelonsong kun
4.Masukkan satu sudubesar sagu kedlm kelonsong...masukkan sedikit gula melaka dan masukkan lagi satu sudu besar sagu.
5.Tutup kemas daun pisang.
6.Kukus selama 15 - 20 minit

Friday, October 10, 2014

Kacang Pol

Selalu nampak posting kawan mt sdg makan kacang pol ni...emm patutlah dia suka..mmg sedap...

Bahan :
1 tin kacang Foul (kimball barand) di ramas rmas,penyekkan
1 tin kacang panggang
200gm daging kisar
10 bawang merah di kisar
4 bawang putih di kisar
1in halia di kisar
1 1/2 sb serbuk kari daging
1 sb ketumbar serbuk
2 caw air
minyak sapi
garam
gula

Bahan2 lain :
Telor mata
Hirisan lada hijau
Bawang besar potong dadu
Limau Nipis
Roti Bakar

Cara :
1,Panaskan minyak sapi.Tumis bahan kisar hingga wangi
2.Masukkam rempah kari.serbuk ketumbar kacau hingga sebati dan biar seketika.Masukkan daging kisar masak hingga daging masak.
3.Masukkan kacbg foul,kacnag panggang dan air.
4.Masukkan air masak hingga pekat rasakan garam dan gula




Pulut Kuning





Senang sebenarnya nak buat pulut kuning ni....ni mt sukatkan agar sesiapa nak buat dah jadi mudah..

Bahan :
2 1/2kg beras pulut 
2 keping asam jawa
4sb serbuk kunyit

Langkah 1 :

1.Cuci bersih beraspulut rendam bersama2 bahan diatas semalaman.
2.Cuci semula buang asam keping dan lebihan serbuk kunyit.Toskan
3.Kukus selama 30 minit

Langkah 2 :

1500ml santan pekat
10tsp garam
7 tsp gula

Masak santan bersama gula dan garam hingga mendidih.

Langkah 3 :

Gaul rata pulut yg telah dimasak tadi bersama santan.Kukus semula selama 30 minit.

Pecel Ayam Kampung


Pecal Ayam Kampong...resipi arwah ibu mertua....selain ungkep resipi ni juga menjadi kegemaran keluarga.....kdg2 ternampak ada hidangan ni di hotel2....tapi rasanya...emmm sedap lg buat sendiri...boleh ganti ikan cencaru atau pari yg perlu di bakar/pangang terlebih dahulu....

1 ekor Ayam Kampung belah 2

Gaulkan dgn secubit garam dan panggang dlm pemanggang ajaib hingga masak.Dlm oven pun boleh.Dah masak carik2kan isi ayam tersebut...yg tinggal tulang pun jagn buang.Ketepikan dulu.

Bahan A :

1/2 cawan cili padi kampung (suka pedas boleh tambah...menu ni mmg pedas baru sedap)
6 bawang merah
4 bawang putih
1 in belacan
1 inci isi cekor di bersihkan

Sangai dlm kuali semua bahan diatas.Angkat dan tumbuk atau blend.

Bahan lain :

Sebiji kelapa...ambil santannya yg di perah dgn air masak (mt selalu beli kelapa parut.Masukkan dlm blender tuang sikit air panas dan blend kemudian perah santannya)

1 bii limau nipis
Beberapa helai daun cekor disiat2
Garam
Gula

Masukkan Bahan A dlm mangkok besar.Masukkan santan.Perahkan air limau nipis.Kacau rata.Masukkan sedikit garam. dan sedikit gula.

Rasa kuah ni tidak terasa terlebih masam...atau terlebih masin atau terlebih manis.
So pandai2lah adjust.

Kemudian masukkan ayam yg telah disiat2 dan daun cekor.Gaul rata...Siap..


Ayam Ungkep Kampung

Ini resipi arwah MIL mt...semua family suka....ringkas dan sedap...klu suka pedas tambahlah cili banyak2......

Ungkep Ayam Kampung

1 ekor ayam kampung di potong kecil2

6 bawang merah
4 bawang putih
1 in halia
1 in kunyit hidup
10 tangkai cili kering klu suka pedas2 boleh tambah
1/2 caw ketumbar biji
semua bahan diatas kisar dlm blender

5 serai di ketuk2
1 asam keping atau air asam jawa
Santan
Garam dan gula

Cara :
Tumis bahan kisar. serai hingga wangi dan terbit minyak.Masukkan ayam..gaul rata..kacau sesekali hingga air yg keluar dri ayam kering.
Masukkan air asam jawa atau asam keping.
Masukkan santan..Masak hingga ayam empuk.
Masukkan garam dan sedikit gula (gula ni bertujuan balancekan rasa masakan tersebut..bukan letak banyak2 hingga jd manis ye)

Ada yg suke berkuah....klu nk pekat masak lama sikit.

Thursday, October 9, 2014

Paceri Terung


Kalau ada ni..lauk lain pasti dah tak pandang....dapat paceri terung atau nenas dan seeokor ikan bakar atau ikan goreng cukuplah....emmm nak buat mcm mana dah feberet mt...

5 biji terung dbelah dua jangan spi putus.Goreng angkat dan ketepikan dulu...

Bahan A :
3 bawang merah
2 bawang putih

di mayang

Bahan B :
4 bawang merah
3 bawang putih
1 in halia
10tangkai cili kering

di tumbuk halus/kisar 

Bahan C :

1/2 cawan udang kering di rendam,cuci dan tumbuk halus
1/2 caw kerisik
1 kampit rempah kari
santan dri sebiji kelapa
garam dan gula
minyak 

Cara :
1.Tumis bahan A hingga garing
2.Masukkan Bahan B dan tumis hingga wangi
3.Masukkan udang kering..masak seketika
4.Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air.Tumis sampai pecah minyak
5.Masukkan santan.Masak hingga mendidih
6.Masukkan kerisik.Rasakan garam dan gula
7.Akhir sekali masukkan terung...masaksekejap.