Galery mt

Galery mt

Thursday, December 11, 2014

Kuih Lapis Kacang Merah


mt buat setengah adunan...

Sumber : Chef Asma
Loyang : 10in x 10in atau 7in x 7in utk setengah adunan

Bahan-bahan :

A)
500gm gula pasir
600ml santan pekat
1200ml air
1tsp garam
2 helai daun pandan

B)
200gm tepung beras
200gm tepung gandum
200gm tepung ubi

C) 200gm kacang merah direbus hingga empuk di toskan da  di bahagi 4

Cara :

1.Masak semua bahan A hingga mendidih.Angkat dan biarkan hingga suam2
2.Satukan bahan B dan tuangkan bahan A yg suam-suam tadi kacau rata dan tapis.
3.Bahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian di warnakan pink dan sedikit sirap rose dan satu bahagian putih yg akan di campurkan dgn kacang merah
4.Tuang lapisan putih yg telah dicampurkan kavang merah dan kukus selama 10minit.
5.Cakar permukaan dgn garfu tuang pula adunan bewrana pink.Kukus selama 10minit.
6.Ulangi proses hingga kelapisan akhir yg perlu dikukus selama 25minit.

Note : Jumlah adunan = 2500ml
           Dibahagi 2       = 1250ml
           Dibahagi 4       = 310ml atau 300ml setiap lapisan
           Jum Lapisan     = 8

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...