Galery mt

Galery mt

Friday, November 28, 2014

Puding Kek Lapis Cendol & Cincau

Banyak resipi puding ni dalam blog blog masakan tapi yg ni mt belajar sendiri dgn pakar masak Cik gu Hjh Rahmah Ali di Taman Maluri KL...Beliau juga mengadakan kelas masakan di Klebang Melaka.Sesiapa yg datang dari jauh ada di sediakan homestay.....

Bahan utk lapisan Kek :

4biji telor gred A
100gm gula
10gm ovallette
90gm tpg superfine
10gm tpg jagung
10gm tepung susus
1tsp esen pandan
40gm air
50gm majerin cair atau minyak jagung
1 tsp pewarna hijau apple

Cara :

Telor,gula dan ovellete di pukul hingga kembang
Masukkan tepung2 dan susu tepung sedikit sedikit dan pukul lagi
Masukkan minyak kagung dan pukul lagi
Masukkan esen pandan dan pewarna kacau rata dan tuang ke dalam loyang yg tleah berlapik kertas  minyak.
Bakar hingga masak

Lapisan Gula Merah :

A)
500gm santan
300gm air
150gm gula merah
10gm agar2 serbuk
2 helai daun pandan

B)
150gm santan
50gm air
1 1/2tsp tepung hoen kwee
1 biji kuning telur

C)
500gm santan
300gm air
150gm gula
10gm agar2 serbuk
2helai daun pandan

D)
150gm santan
50gm air
1 1/2tbsp tepung hoen kwee

E)
100gm cincau di potong kuib atau panjang
200gm cendol
pewarna kuning dan hijau

Cara:

1.Masak A hingga mendidih.Satukan B dan masukkan kedalam A masak lagi hingga mendidih.
2.Tuang atas lapisan kek biar beku sebentar.
3.Masak C hingga mendidih.Satukan D dan masukkan kedalam C masak lagi hingga mendidih.
4.Bahagi dua adunan C dan D tadi.
5.Satu bahagian di warnakan kuning dan tuang atas lapisan A dan B tadi dan tabur cendol.
6.Satu bahagian lagi di warnakan hijau tuang atas lapisan cendol dan tabur cincau.Sejukkan dlm peti sejuk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...