Galery mt

Galery mt

Monday, November 17, 2014

Kari Ikan Tenggiri

Kali ni mt masak kari ambil resipi  dari Shiela Spices....ada sedikit kelaianan resipinya...iaitu menggunakan sedikit beras goreng yg di tumbuk atau blend halus...masa berbuka mt tanya ok tak kari malam ni...semua kata ok dan bertambah nasi....sedaplah tu..walau bagaimana pun mt kena buat lagi utuk mendapat hasil yg lbh umppph...mt tulis semula resipinya....
Bahan :

1kg ikan apa2 jenis ikan...mt guna ikan tenggiri
50gm rempah kari ikan Babas
3sb cili kisar
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1in halia di mayang halus
3btg cili hijau
100ml santan
1sb beras sangai ditumbuk halus
1sb halba campur (campuran biji sawi,halba dan jintan putih/halus)
sedikit daun kari
segenggam asam jawa
minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara :

1.Panaskan minyak,tumis halia dan bawang yg dah di hiris dan masukkan daun kari.Tumis hingga bawang kelihatan keperangan.
2.Masukkan pes rempah kari yg telah di campur dgn cili kisar masak hingga garing dan berbau wangi.Pastikan api sederhana saja.
3.Kemudian masukkan air asam jawa ,santan dan air secukupnya.
4.Bila sudah mendidih,masukkan ikan dan rasa garam
5.Bila ikan dah masak taburkan beras sangai dan kacau rata.
6.Kecilkan api dan masukkan tomato dan bende.Rasa garam secukupnya..biar reneh hingga terbit minyak...

No comments:

Post a Comment