Galery mt

Galery mt

Wednesday, July 25, 2012

Puding Caramel

Siakap Tiga Rasa


Selain siakap kukus..yg ini juga kesukaan kami sekeluarga....masak dua ekor habis licin licau....jom anak2..senang je....mt selalu pesan main campak2 je....InsyaAllah jadi....

1 ekor ikan Siakap dilumur dgn sikit garam,kunyit dan tepung jagung.Goreng dan ketepikan
Sedikit halia cincang halus
2biji bawang putih di cincang halus
1biji bawang besar potong dadu
6 biji cili padi di potong2
1 biji tomato di buang biji dan potong dadu
Sedikit nenas dipotong dadu (nenas dlm tin pun boleh)
2helai daun limau purut di hiris
2sb cili kering kisar
5 sb tomato sos
5sb cili sos
2 sb sos plum
daun ketumbar utk hiasan
air jika perlu

Cara :
1.Tumis bawang putih dan halia.Masukkan cili kisar masak hingga garing.masukkan cili padi,bawang dadu.Masak sekejap.
2.Masukkan semua sos,apabila mendidih masukkan tomato masak hingga mendidih
3.Rasakan garam padamkan api dan curahkab atas ikan dan tabur daun ketumbar

Sunday, July 22, 2012

Tulang Rusuk masak lemak cili padi...

Masakam kegemaran anak2 mt....mereka pun dah pandai masak menu ni....jom kongsi resipi style mak tok ni...
1 kilo tulang yg ada isi cuci dan bersihkan
Santan pekat dari 1 biji kelapa
Cili padi..suka pedas letak banyak
2 ulas baw putih
4 ulas baw merah
1 in kunyit
Sedikit belacan
1 helai daun kunyit
2btg serai di ketuk
1 asam keping
Rebung
Cara ;
1.Blend cili padi,belacan,bawang merah & putih,kunyit dan revung.Masukkan kedalam periok yg berisi tulang/daging 
2.Masukkan serai,asam keping dan tuang air hingga menutupi tulang...masak hingga mendidih dan air tinggal 1/4 bahagian.
3.Masukkan santan pekat dan daun kunyit.Masak hingga mendidih dan rasa garam.

Bingka Pisang

Jalan2 tengok resipi..nampak resipi ni....ingin rasan majerin/mentegaya nak mencuba....resipi dari Kak Fida...

2caw pisang lenyek
1/2 caw gula merah
2 biji telor
100ml santan pekat
sikit garam
esen vanilla/esen pisang
1sb majerin/mentega
1 - 11/2 caw tepung gandum
2 biji pisang di potong dadu utk dicampurkan kedalam adunan

Cara : 
1.Satukan pisnag lenyek,gula merah,telor,santan dan garam.Masukkan tepung dan gaul rata.
2.Masukkan pisang yg di potong dadu dan gaul rata.
3.Lanserkan loyang dgn majerin.Panaskan sekejap dlm oven.
4.Tuangkan adunan kedlm loyang dan tabur bijan jika suka.Bakar selama 30 minit

Puding Raja

Akhirnya dpt juga mencuba puding yg amat sedap ni....didalamnya ada pisang..jala mas..prune..buah cocktail..kismis dan gajus....resipi mt ambil kat sini myresipi.com
Jala mas yg tak berapa menjadi...klu bukan kerana Puding Raja..pasti mt tak buat jala mas ni....

Saturday, July 21, 2012

Kari Ikan Kering


Hari ni 21/7/2012@Sabtu bersamaan 1Ramadhan 1433H....mt kongsi resepi kari ikan kering...

Beberapa kerat ikan kering kurau di rendam seketika dan toskan
2ulas bawang putih di hiris
3 ulas bawang merah dihiris
5helai daun kari
1sb cili kisar
1/2 in halia *
3ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
2sb kerisik
5sb rempah kari ikan (mt campur separuh2 barand babas dan adabi) masukkan sikit air jadikan pes
1caw air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula
minyak utk menumis

Carrot,Kentang,Terung di potong,Kacang Panjang dan Tomato di belah empat

Cara :

1.Tumis bahan yg di hiris..masukkan daun kari...dah wangi masukkan bahan2 kisar serta cili...masak sebentar
2.Masukkan pes kari..masak sekejap...dan masukkan kerisik...kacau rata masukkan ikan dan air asam....tambah air secukupnya
3.Apabila mendidih masukkan sayur sayuran...rasa garam dan gula sedikit.

Friday, July 20, 2012

Talam Tiga Rasa

a
Bukan ikan je boleh masak tiga rasa....talam pun ada tiga rasa....ada rasa coklat...lemak santan dan rasa rose...lembut dan kenyal.....resipi dari siapa lagi kalau bukan Chef Asma....
Bahan=bahan :

(A)
375gm gula
650ml santan pekat
475ml air
1/2st garam
2 helai daun pandan

(B)
650ml air

(C)
150gm tepung gandum
150gm tepung beras
150gm tepung ubirasa
Cara :

1.Masak semua bahan (A) hingga mendidih dan masukkan bahan (B) biar sejuk.
2.Satukan semua bahan (C) dan masukkan No 1 kedalamnya,kacau rata dan tapis
3.Bahagikan kpd 3 bahagian...
  a.Biarkan warna asal 
  b.Tambahkan warna merah dan 1tsp perisa rose
  c. Tambahkan 1/4 tsp coklat emulco
4.Setiap bahagian pula di bahagi 3 dan kukus selapis2 selama 5minit berselang seli hingga habis
5.Lapisan akhir kukus selama 25minit.

Lompang Warna Warni

Minggu ni entah berapa kali buat kuih lompang...semua suka...laju je sebiji2 masuk ke mulut...warna pun boleh pilih ikut kesukaan...bahan yg di gunakan simple je tp rasanya mmg sedap....resipi dari Chef Asma....
Bahan-bahan :

(A)
120gm tepung beras
1 sb tepung jagung
250 ml air
sedikit kapur sirih

(B)
130gm gula castor
250ml air
sedikit daun pandan

(C)pewarna kesukaan

Cara :

1.Satukan semua bahan (A) dan kacau rata.
2.Masak semua bahan (B) hingga mendidih dan tuangkan kedlm bahan (A),kacau rata dan tapis
3.Masukkan warna kesukaan
4.Kukus dgn api kuat selama 30 minit.
5.Sudah sejuk baru keluarkan kuih dari acuan dan di letak kelapa parut putih yg di campur garam di tengah2nya,

Peringatan mt :

Adunan diatas mendapat lebihkurang 30 biji kuih lompang.

Wednesday, July 11, 2012

Sambal Jambi


Resipi ni pula di beri oleh sahabat  mt Sharifah Khadijah...senang dibuat dan sedap dimakan bersama nasi apalagi roti....
300gm udang kering dicuci dan di rendam
100gm cili kering kisar
1/2 caw gula merah
1/2 caw air asam jawa
1 caw minyak masak
300gm bawang merah (sama banyak dgn udang)

Cara :
1.Udang kering di toskan dan di kisar (suka hati nak halus atau kasar)..ketepikan
2.Hiris bawang merah dan goreng hingga kekuningan..angakat dan ketepikan
3.Tumis cili kisar hingga garing..masukkan air asam jawa..gula merah..masak hingga pekat.
4.Apabila pekat masukkan udang..gaul rata...masak seketika.
5.Masukkan bawang goreng tadi..boleh masak hingga kering atau lembap sahaja.

Thursday, July 5, 2012

Sambal Udang Kering


Resepi pemberian dari kawan mt..Norsiah....dia kata dia tak timbang main ikut rasa....mt pun buat main ikut rasa....cuma sempat timbang udang kering je....Sedap ala2 serunding....warnanya merah tua(dlm gambar lain pulak warnanya)...mt kongsi resipinya disini..jomm tengok...cuba kemudian....

200gm udang kering (direndam cuci dan tos dan blend ikut sukahalusnya)
10sudu makan cili kering kisar
3 biji bawang besar (mt kisar)
Gula Merah
Air asam jawa

1.Masukkan semua bahan2 dlm kuali masak hingga mendidih dan kering mt tambah gula sikit utk seimabangkan rasanya.
2.Siap dah!